PASANGAN selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli baru sahaja menimang cahaya mata lelaki pada 15 Oktober yang lalu.
Seperti pasangan lain, mereka berdua belum mahu mendedahkan wajah anak sulung mereka kerana merasakan masih terlalu awal mendedahkan wajah dan nama bayi mereka.
Malah, mereka hanya memaparkan wajah sisi si kecil itu sahaja. Gambar bayi mereka hanya dikongsikan di laman Instagram masing-masing serta Instagram si kecil tu sendiri!
Namun, ada pula sesetengah netizen yang tidak berpuas hati diatas tindakan Amyra dan Amar.
Sehinggakan ada yang sanggup meninggalkan komen negatif terhadap bayi tersebut.
Alahai netizen sekalian… Bukankah itu semua merupakan hak mereka sebagai ibu bapa? Kenapa anda pula nak menyibuk untuk paksa mereka kongsikan wajah dan nama baby tu?
Bagaimanapun, Amar telah memberi penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut dan dia berharap agar peminat boleh terus bersabar sehingga mereka mengumumkan perkara berkenaan.
āSaya dan isteri berbesar hati nak kongsi wajah dan nama anak, tetapi kami mendapat hak eksklusif penyiaran dan tak boleh langgar kontrak. Insya-Allah awal bulan depan episod pertama mula ditayangkan.
“Serentak dengan program ini, baru kami berkongsi kepada semua. Tidak dinafikan hampir setiap hari ramai bertanya nama dan teringin melihat wajah anak. Apa saya boleh kongsikan, nama anak kami bermula dengan A,ā jelas Amar dipetik daripada Harian Metro.
Walaupun wajah dan namanya masih tidak diketahui oleh umum, tapi pengikutnya di akaun Instagram @Amyramarjr sudah mencecah 100 ribu!
Bagi pasangan itu, perkara demikian bagaikan privasi kepada mereka yang baru pertama kali menimang cahaya mata.
Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang menuduh bahawa Amyra dan Amar ingin menjadi seperti pasangan Yusri KRU dan Lisa Surihani yang juga apda mulanya tidak menunjukkan wajah bayi mereka.
Alah, suka hati diorang lah nak tunjuk ke tidak. Penat-penat orang tu melahirkan, jaga bayi tu, netizen pula yang nak menyibuk cakap itu ini.
Amar turut memberitahu bahawa dia kini turut sama-sama ‘berpantang’ daripada mengambil sebarang tawaran lakonan sepanjang dua bulan lalu.
āKali terakhir saya terbabit dalam penggambaran drama Kalis Kasih untuk slot Samarinda pada awal bulan lalu. Selepas itu, saya terus bercuti hingga sekarang.
“Ini memang perancangan saya untuk menjaga isteri dan anak. Kalau boleh saya nak memberikan sepenuh perhatian kepada mereka.
āMemandangkan ini anak pertama kami, jadi saya merasai pengalaman menguruskan semuanya. Disebabkan itu juga, kami tidak mengambil pembantu. Cuma saya beruntung apabila ibu mentua turut sama membantu,” tambah Amar.
Baguslah kalau Amar pun turut sama berkorbankan masa untuk menjaga isteri dan anak yang tercinta.
Biarkan saja kata-kata negatif daripada netizen tu. Mereka hanya tahu bercakap kosong tanpa berfikir dan sebab itu mereka sengaja mengeluarkan kenyataan yang boleh menyakitkan hati orang lain.
Ingat tau, jangan asyik nak cakap buruk tentang orang lain sahaja. Mereka tu selebriti, memang akan menjadi tumpuan. Tapi tak perlu sampai nak menyibuk tentang hal anak beranak pula. –MYNEWSHUB.CC/AH