Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Denggi Catat Trend...

KUALA LUMPUR - Kes demam denggi meningkat kepada 48 kes atau 3.6 peratus...

Operasi Selamat Mangsa Runtuhan...

IPOH : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa runtuhan kuari di Keramat...

298 Pemilik Kenderaan Perbaharui...

JASIN - Sebanyak 298 pemilik kenderaan persendirian di Melaka telah memperbaharui lesen kenderaan...

Tak Mahu Ada Cedera...

NILAI – Perlawanan persahabatan terakhir dengan Maldives Sabtu ini akan menjadi ujian terakhir...

Nora Danish Rahsia Jantina Anak Daripada Peminat

DIJANGKA bakal bersalin pada 9 Mac depan, pelakon jelita, Nora Danish memilih untuk merahsiakan jantina anak dalam kandungannya.

Menurut pelakon itu, keputusan berkenaan telah dibuat awal lagi dengan persetujuan bersama suami, Mohamad Nedim Nazri.

“Saya cuma rahsiakan jantina ini kepada umum sahaja. Saya, ahli keluarga dan rakan-rakan kebanyakannya sudah tahu.

“Biarlah jantina bayi ini jadi kejutan buat peminat ketika saya bersalin nanti,” katanya memetik sebuah portal online.

Dalam pada itu, Nora yang kini sedang sarat mengandung tujuh bulan mengakui teruja untuk menyambut kehadiran cahaya mata kedua itu selepas hampir sembilan tahun tidak mengandung.

Katanya, kandungan kali ini didapati agak jauh berbeza dengan sebelum ini disebabkan oleh faktor umur.

“Sekarang saya mengandung pada usia 30-an jadi beri kesan pada badan. Baru-baru ini saya sakit tulang pinggul sehingga sukar untuk berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

“Alhamdulillah, sekarang dah baik. Saya tidak ada alahan dan makan pun sentiasa berselera. Itu yang berat sekarang naik hingga 15 kilogram,” katanya.


Nora dan Nedim telah selamat diijabkabul kira-kira jam 8.37 malam pada 30 Mac lalu dengan dua kali lafaz.

Majlis tertutup yang berlangsung di Glasshouse At Seputeh itu meriah di hadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori