Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Kami Cari Individu Serius...

KUALA LUMPUR - Selepas dilihat sukar untuk mencapai kata sepakat dengan Mario Gomez,...

Pembelajaran Tulisan Jawi Tetap...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi...

Dipenjara 10 Tahun Sebabkan...

SHAH ALAM - Seorang bapa kepada tiga orang anak dijatuhi hukuman penjara 10...

Misi Kedua Bawa Pulang...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, seramai 75 warganegara...

Nur Sajat Terasa Hati Kena Marah Aliff Syukri

SEBELUM ini pernah tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan pengasas kosmetik, Nur Sajat dilihat menangis teresak-esak di laman Instagram.

Namun ramai pihak yang beranggapan perbuatan itu hanyalah sekadar gimik bagi melariskan muzik video terbarunya bersama Datuk Seri Aliff Syukri berjudul, Abang Nak Tegur.

Baca: “Saya Ada Perasaan…” – Luah Sajat Terguris Dimarahi Aliff

Susulan itu, usahawan kosmetik yang terkenal dengan tagline nya, ‘Jangan Mengata’ itu telah tampil memberi kenyataan balas berhubung perkara tersebut.

Menurut usahawan berusia 32 tahun ini, beliau mengakui terasa hati dengan tindakan Aliff yang memarahinya di hadapan orang ramai ketika menjalani penggambaran di Sepanyol, baru-baru ini.

Tambahnya, beliau beranggapan pengasas produk D’herbs itu seolah-olah tidak menghargai pengorbanannya yang sanggup meninggalkan kerja di Malaysia semata-mata untuk menjalani penggambaran berkenaan.

“Memang saya terasa hati dengan Datuk Seri Aliff bila dia marah saya di hadapan umum. Mungkin waktu itu kami tertekan dan penat dengan cuaca sejuk lagi.

“Saya menangis sebab rasa macam pengorbanan saya tinggalkan kerja di Malaysia untuk menjalani penggambaran di Sepanyol tidak dihargai,” kata Sajat dipetik Mstar Online.

Dalam pada itu, Sajat turut memberitahu selepas insiden itu, Aliff ada memohon maaf di atas kekasaran yang dilakukan tanpa sengaja itu selain menafikan perkara itu dibuat-buat bagi mempromosi lagu duet mereka.

“Selepas itu, Aliff ada memohon maaf pada saya dan isterinya juga ada hubungi saya untuk berbincang perkara tersebut. Semuanya dah selesai dengan baik.


“Ia bukan drama yang kami sengaja cipta. Aliff seorang yang berterus-terang, dia tak suka simpan apa yang dia rasa dan itu sangat bagus.

“Tak elok kita simpan perasaan marah atau sakit hati. Biar lepaskan terus. Saya pun faham perasaan dia bila begnya dicuri pada hari pertama,” katanya.

Dalam perkembangan lain Sajat berkata, buat masa ini beliau masih belum mempunyai sebarang rancangan untuk menyanyi sebaliknya lebih mengutamakan perniagaannya yang dilihat semakin maju.

“Menjadi penyanyi dan pelakon adalah nombor enam dalam carta kehidupan saya. Buat masa ini memang saya tidak ada lagi perancangan untuk ke arah itu.

“Saya masih utamakan perniagaan yang semakin maju dan tidak lama lagi saya akan buka perniagaan jual emas pula,” ujarnya.

Alahaiiii….Terasa hati rupa-rupanya. Sedih pulak kami tengok Sajat menangis. Tak apa lah, masing-masing pun dah minta maaf cara baik. Hakak harap benda dah settle lah ya… – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori