Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pasaran Hartanah Meningkat 30...

PUTRAJAYA – Pasaran hartanah tempatan menunjukkan peningkatan lebih 30 peratus daripada segi bilangan...

Warna Mata Bayi Bertukar...

BANGKOK, Thailand – Warna mata seorang bayi lelaki berumur enam bulan dilaporkan berubah...

Perjalanan Nicol Terhenti Di...

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David gagal meneruskan kemaraan pada Kejohanan...

PBB Gesa Pilihan Raya...

BEIRUT- Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Syria menggesa negara itu mengadakan pilihan...

Nyanyian Jadi Keutamaan, Hafeez Tertarik Daiyan

SEBAGAI seorang pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berasa sangat teruja atas tawaran filem diterimanya kerana mempunyai elemen muzik yang dekat dengan jiwanya.

“Saya seorang penyanyi, jadi memang teruja apabila dapat berlakon dalam filem yang kebetulan pula mempunyai elemen muzik.

“Mulanya ingat watak yang diberi itu memerlukan saya menyanyi tapi tak ada pun. Saya terfikir juga kalau tak menyanyi, saya nak buat apa?” katanya dipetik mStar Online.

Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Nasaruddin, 24, pada mulanya dia hanya menyangka akan menyanyi sahaja di dalam filem itu.

Tambah Daiyan, dia telah membuat kelainan menerusi wataknya sebagai Vera dalam filem yang dilakonkannya, Busker.

“Rupa-rupanya pihak produksi memberi watak yang menampilkan sisi saya yang berbeza di mana saya rasanya ia sangat bagus,” tambahnya lagi.

Baca: Hafeez Mikail, Daiyan Trisha Pula Hangat Jalin Cinta?

Dalam masa sama, Daiyan turut menolak dakwaan yang mengatakan dia hanya mencari publisiti dengan menimlbulkan gosip cinta bersama pelakon gandingannya, Hafeez Mikail.

Mereka dikatakan rapat sejak pertama kali bekerjasama di dalam filem berkenaan.

“Sejujurnya, saya tak ada niat atau sengaja nak timbulkan gosip cinta dengan Hafeez. Hubungan kami memang rapat tapi sebagai kawan.

“Mula kenal ketika memasuki kelas lakonan yang disediakan pihak produksi. Hubungan semakin rapat sejak jalani penggambaran di Johor Bahru pada Disember tahun lalu.

“Sampailah sekarang, kami masih lagi berkawan baik,” ujar Daiyan yang kini sedang popular menerusi drama rantaian My Coffee Prince.


Dalam masa sama, Hafeez atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Muhammad Zaki memberitahu bahawa Daiyan sememangnya memiliki ciri wanita idamannya kerana karakter menarik dalam diri gadis kelahiran negeri Selangor itu.

“Saya tidak terkejut jika suatu hari nanti saya boleh jatuh cinta dengan Daiyan memandangkan dia merupakan seorang wanita yang mempunyai wawasan yang tinggi.

“Dia mempunyai personaliti menarik dan saya suka seorang perempuan yang pandai berdikari,” kata Hafeez, 25, dipetik daripada portal Astro Gempak.

Tambahnya, dia juga tidak berani untuk meramalkan apa-apa untuk masa hadapan kerana jika ditakdirkan mereka bersama, itu semua sudah tertulis kerana mereka dua-dua masih lagi solo.

“Namun buat masa sekarang kami masih sebagai kawan baik dan tidak ada perasaan cinta atau lebih sebagai seorang kawan,” tambah Hafeez lagi.

Kedua-dua pelakon itu ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Busker bertempat di e@cyrve, Mutiara Damansara semalam.

Filem itu merupakan arahan Syed Khairul Fariz dan bakal ditayangkan pada 11 Januari akan datang yang turut dibintangi oleh Anas Ridzuan, Bulan, Mas Khan dan ramai lagi.

Mana tahu kalau memang Daiyan dan Hafeez ada jodoh, tak salah kan. Masing-masing pun masih bujang lagi… Doa yang baik-baik je okay. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori