Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Sabah Tak Gentar...

SEMPORNA - UMNO Sabah tidak peduli dengan pendekatan parti pembangkang dalam meraih sokongan...

SOP Aidilfitri Diumum Minggu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperhalusi dan memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perayaan...

Denggi: 15 Pemilik Premis...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengenakan jumlah kompaun maksimum sebanyak RM500...

Gadis Maut Terjun Dari...

PERNAHKAH anda terfikir apakah rasanya apabila anda sedang berjalan di luar pusat beli...

MJN Ganti Susu Rumusan Bayi Enfalac A+ Tiruan

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang terbeli produk susu rumusan bayi Enfalac A+ Langkah 1 tiruan diminta menyerahkan produk tersebut kepada Mead Johnson Nutrition Malaysia (MJN) untuk digantikan dengan produk yang tulin.

MJN dalam satu kenyataan media berkata, langkah itu diambil bagi menunjukkan komitmen MJN dalam memelihara keselamatan, kualiti dan kesejahteraan pengguna.

MJN menasihatkan pengguna dan peruncit di seluruh negara memulangkan susu rumusan bayi Enfalac A+ Langkah 1, dalam kotak 1.8 kilogram (tiga pek dalam setiap kotak)

“Program penggantian produk ini bertujuan menghapuskan produk tiruan yang dikenal pasti muncul dalam peratusan kecil di beberapa kedai runcit di Johor Bahru, Johor.

“MJN bertekad untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu membanteras skim penipuan ini,” kata syarikat itu hari ini.


Bagaimanapun, kata MJN, Program Penggantian Produk yang dijalankan secara sukarela itu cuma melibatkan pek kotak Enfalac A + Langkah 1, 1.8 kilogram.

“Kami menyediakan Talian Program Penggantian Produk untuk pengguna yang memiliki produk tiruan yang telah dibuka atau tidak iaitu 1-800-88-3585,” kata MJN. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • susu

Kategori