Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hafizh Syahrin Tak Ingin...

TANGKAK – Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi di Perlumbaan MotorGP...

Keperluan Operasi APMM Makin...

KUCHING - Keperluan bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak untuk memilik aset...

Ketua Menteri Melaka Baharu...

AYER KEROH - Ketua Menteri Melaka ke-12 bagi menggantikan Adly Zahari selepas Perikatan...

Saudi Mula Bayar Tunai...

RIYADH - Arab Saudi mula membayar 2 bilion riyal (kira-kira RM2.2 bilion) semalam...

Ongkili Beri Bayangan Bertanding Kerusi DUN PRU14

KOTA KINABALU – Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili memberi bayangan ingin mewakili parti itu bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ongkili yang sudah tiga penggal berperanan sebagai anggota Parlimen Kota Marudu, berhasrat untuk menjadi wakil rakyat negeri sekali gus berkhidmat kepada rakyat di Sabah.

“Perkara ini masih dalam perbincangan sama ada bertanding untuk kerusi DUN atau kekal kerusi Parlimen,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ongkili berkata Tambunan berkemungkinan akan menjadi kawasan diwakilinya jika dapat bertanding bagi kerusi DUN pada pilihan raya akan datang, namun, beliau belum dapat memberi kepastian kerana parti masih lagi membincangkan perkara itu.


Ini kerana, katanya, Presiden parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang merupakan penyandang kerusi DUN itu ketika ini, masih mempunyai baki satu peratus daripada 99 peratus hasrat untuk tidak bertanding semula pada PRU14 bagi mendengar pandangan barisan kepimpinan PBS sama ada kekal mempertahan kerusi berkenaan atau sebaliknya.

Mengenai kerusi bakal ditandinginya jika kekal sebagai wakil Parlimen, Ongkili tidak dapat memastikan sama ada beliau akan terus kekal di Kota Marudu atau bertanding kerusi lain termasuk Keningau, yang turut disandang Pairin, kerana perkara itu juga belum dapat diputuskan dan masih dalam perbincangan parti. – BERNAMA

Kategori