Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Niat Nak Takutkan Anak...

SEBUAH aplikasi yang menampakkan lipas dan cicak seolah-olah sedang berjalan-jalan di atas skrin...

Bekas Pemain Kebangsaan Ditahan...

PETALING JAYA – Bekas pemain bola sepak negara ditahan reman semalam sebelum dibebaskan...

UMNO Perlu Mempunyai Motivasi...

PUTRAJAYA - UMNO mesti dilihat seperti sebuah parti yang mempunyai motivasi yang kuat...

Cuaca Buruk Dijangka Berterusan...

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berserta angin kencang dijangka berterusan di Pahang dan...

Pahang Sah Tidak Sertai Piala AFC

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan naib juara Liga Super 2017, Pahang secara rasmi tidak akan mewakili Malaysia pada saingan Piala AFC 2018.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata ini kerana badan induk bola sepak negara itu, tidak menerima surat balasan atau sebarang maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menyertai kejohanan berkenaan, sehingga tarikh yang ditetapkan, Khamis lepas.

Beliau berkata mengikut peraturan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), kekosongan slot ditinggalkan Pahang itu tidak boleh diisi oleh mana-mana pasukan lain.

“Oleh itu, juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi wakil tunggal Malaysia beraksi dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2018. Jika JDT gagal melayakkan diri ke saingan peringkat kumpulan, mereka akan secara automatik mendapat slot beraksi pada Piala AFC 2018.

“Bagaimanapun, andai JDT berjaya melangkah masuk ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2018, slot Piala AFC 2018 berkenaan akan diberikan kepada pasukan Selangor yang kini diletakkan dalam senarai menunggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Majlis undian Liga Juara-Juara AFC 2018 dan Piala AFC 2018 akan berlangsung di AFC House, Bukit Jalil pada Rabu ini. – BERNAMA

Kategori