Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pembahagian Tanah Peneroka, Peserta...

Gua Musang : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan pembahagian tanah peneroka...

WHO Gesa AS Pertimbang...

BEIJING - Agensi berita Xinhua melaporkan di Geneva, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)...

PGM Sasar Empat Pemain...

KUALA LUMPUR – Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) menyasarkan bagi empat pemain Malaysia...

Meninggal Dalam Sujud Ketika...

JAKARTA - Mungkin inilah dinamakan pengakhiran yang baik. Satu rakaman video kini tular...

3 Elemen Banteras Jenayah Dadah Rentas Sempadan

TAWAU – Polis akan memperkasa tiga elemen utama ke arah membanteras jenayah dadah rentas sempadan di daerah ini, kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (KBSJND) Tawau yang baharu, ASP Andi Ma’mur Halwati.

Andi berkata antara elemen itu adalah meningkatkan maklumat risikan ekoran Tawau bersempadanan dengan Indonesia serta melakukan operasi terancang dan sistematik bagi mencegah penjualan dadah secara jalanan.

“Di samping meningkatkan penangkapan pengedar dadah di bawah Seksyen 3 (1) Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985, ia juga memfokuskan kepada penangkapan penagih berulang bagi pertuduhan di bawah Seksyen 39 (C) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952” katanya.

Andi berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas KBSJND daripada Insp Izwan Abdol Rahman di di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini, hari ini. Andi sebelum ini bertugas di bahagian siasatan jenayah narkotik, Kota Kinabalu.


Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah, Supt. Azizulkifli Mansor ketika berucap pada majlis itu meminta semua unit dan anggota menjalankan tugas berpasukan dengan penuh dedikasi bagi mencapai hasrat Tawau Sejahtera.

“Kita mahu realisasikan hasrat menjadikan daerah ini sebagai Tawau Sejahtera dan membanteras isu jenayah dadah adalah salah satu perkara yang perlu ditangani habis-habisan bagi mencapai misi itu,” katanya. – BERNAMA

Kategori