Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Suarez Bantu Barcelona Belasah...

PARIS - Luis Suarez menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua ketika Barcelona...

Pendengaran Awam RCI Wang...

PUTRAJAYA - Sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan...

Serangan London Bercanggah Dengan...

KUALA LUMPUR – PAS mengutuk serangan ganas terhadap orang awam London yang mengorbankan...

MOTAC Mohon Bahagian Hasil...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bercadang memohon sejumlah peruntukan hasil...

Pakar Perubatan Gesa Iqram Dapat Rawatan, Sokongan

KEMURUNGAN, tekanan perasaan dan masalah kerjaya adalah kemungkinan menjadi penyebab pelakon, Iqram Dinzly bersikap semakin pelik sejak sejak ini.

Menurut Ketua Unit Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Fauziah Mohd Saad, pelakon drama ‘Ayoub’ itu perlu mendapatkan rawatan psikiatri dengan kadar segera bagi menyelesaikan masalah mental yang dihadapinya.

“Kita patut bersimpati kepada dia kerana baru kehilangan bapanya. Kematian orang tersayang boleh menyebabkan kemurungan dan tekanan apatah lagi Iqram kehilangan bapanya baru-baru ini.

“Jalan terbaik ialah dia perlu jumpa pakar sakit jiwa bagi memastikan dimana stage yang dilaluinya itu dan mendapatkan rawatan yang sesuai,” katanya dipetik mStar Online.

Ketua Unit Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Fauziah Mohd Saad.

Tambah Fauziah lagi, masalah kewangan juga antara pendorong kepada permasalahan psikologi seseorang.

Namun hasil pemantauan dan evaluasi terhadap cara Iqram berkomunikasi, beliau beranggapan pelakon itu masih lagi berada pada peringkat awal.

“Selain itu kurang job dan kedai di Langkawi dia ditutup juga sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada psikologinya.

“Saya kira dia boleh bercakap dengan baik mungkin kerana dia pelakon dan kita sukar untuk menjangkakan stage dia sekarang.

“Dulu ada juga seorang penyanyi yang mengalami masalah yang sama, malah pulih dan kembali sihat selepas mendapatkan rawatan,” tambahnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA), Anita Abu Bakar pula berkata, sejak video pelakon itu menjadi viral, pihaknya ada cuba menghubungi Iqram bagi menghulurkan bantuan.

Presiden Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA), Anita Abu Bakar.

Tambahnya lagi, pelakon berusia 36 tahun itu memerlukan bantuan dan sokongan yang positif daripada orang keliling termasuklah keluarga dan rakan-rakan terdekat.


“Pihak kami cuba menghubungi dia sejak pagi tadi selepas ramai yang memberitahu tentang video pelakon itu yang kini menjadi viral.

“Pendapat saya dia sangat memerlukan bantuan pada masa ini. Orang sekeliling perlu bertindak segera membantu dia sebelum perkara buruk berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Anita berkata lagi, beliau mengakui sikap pelik yang dilakukan oleh Iqram itu jelas terpancar memberi petunjuk “cry for help” tentang masalah yang dihadapi itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu perlakukan pelik Iqram yang menjadi viral dan bahan bualan netizen di media sosial.

Baca: Tawar Diri Seks Oral, Iqram Dinzly Semakin Pelik?

Justeru itu, Fauziah menggesa agar anggota masyarakat hentikan hinaan ke atas Iqram sebaliknya memberi sokongan bagi mengelak keadaan ini menjadi semakin parah.

“Masyarakat perlu beri sokongan dan hentikan hinaan kerana akan membuatkan dia lebih parah. Penyanyi K-Pop baru-baru ini juga mengalami perkara yang sama dan tidak mendapat bantuan sehingga menyebabkan dia membunuh diri,” gesanya.

Apapun, kepada netizen diluar sana diharapkan janganlah terus menghina sebaliknya bersama-sama berdoa agar pelakon ini kembali sihat seperti sedia kala. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori