GAZA- Akibat tidak mampu lagi untuk membiayai kos peliharaan dan penjagaan tiga ekor anak singa di zoo persendiriannya, lelaki ini nekad menjual kesemuanya dengan ‘harga runtuh’.
Mohammad Ahmad Jumaa, dari Semenanjung Gaza, menggunakan media sosial untuk mengiklankan haiwan berkenaan pada harga AS$5,000 (RM20,000) setiap seekor.
“Disebabkan keadaan ekonomi yang teruk dan kesukaran mendapatkan makanan dan minuman untuk mereka, saya terpaksa menjual tiga anak singa yang dilahirkan sebulan lalu,” katanya kepada AFP.
Walaupun bernama unik, namun Juma masih belum berjaya menjual anak singa berkenaan setakat ini. – AFP