Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Jalan Prosiding Tanpa...

KUALA LUMPUR – Sebuah mahkamah di Ampang didakwa bertindak meneruskan perbicaraan kes seorang...

Your Future

A vital part of writing a long composition is studying. Composing a descriptive...

Bedah Siasat Mayat Nora...

SEREMBAN - Sepasukan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba di Jabatan...

Tokan Dadah Thailand Dipenjara...

SETELAH sekian lama menjadi 'tokan' dadah di Thailand, Lao Ta Seanlee, 71, akhirnya...

Pastikan Jentera UMNO Siaga Penuh Untuk PRU14

KUALA LUMPUR – Anggota UMNO diminta ‘jangan sembang’ tentang sudah bersiap siaga menjalankan gerak kerja sebaliknya membuktikannya dengan terus melaksanakan operasi di cawangan dan bahagian parti sebaik sahaja gendang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dipalu, kata pemimpin akar umbi parti.

Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah berkata perkara itu perlu dibuktikan menerusi pelbagai kempen turun padang yang tersusun, dan bukannya berjanji kosong atau menabur pelbagai janji palsu kepada rakyat.

“Jangan sembang konon sudah bersedia untuk PRU. Kena buat persediaan dengan betul. Ini PRU yang akan menentukan masa depan negara, bangsa dan agama.

“Sekiranya tewas, apa yang kita pertahankan akan hancur,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah kepada Bernama di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasar presiden semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2017 mengingatkan perwakilan bahawa PRU14 adalah ‘bapa segala pilihan raya’ dan menyeru jentera UMNO diletakkan dalam kesiapsiagaan untuk berjuang mengekalkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mengulas lanjut, wakil UMNO Bahagian Pandan Datuk Adiwijaya Abdullah berkata aura kesiapsiagaan itu perlu diterjemahkan di semua cawangan dan bahagian tanpa mengabaikan kawasan hitam yang kurang mendapat tumpuan pengundi.

“Jika tidak, ia cuma sekadar cakap kosong kononnya sudah bersedia untuk PRU14 tapi hakikatnya parti tidak menjengah kawasan hitam mahupun yang kurang popular,” katanya yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM).


Sementara itu, anggota UMNO dari Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Mokhtar Samad berkata jentera parti perlu bersiap sedia kerana misi utama untuk memenangi dua pertiga akan gagal jika pemikiran muda dan lama daripada ketiga-tiga sayap tidak disatukan di medan tempur pilihan raya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) berkata kerja keras dan konsensus penting kerana suasana politik bukan seperti dahulu yang semakin hari penuh dengan asakan dari luar dan dalam parti.

Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo pula berkata kesiapsiagaan parti penting untuk membolehkan UMNO menangkis tohmahan dan fitnah daripada pembangkang khususnya asakan hebat perang maya.

“Sebelum kita berperang, kita sudah bersedia. Kita mesti bersedia fizikal dan mental. Jika tidak, kita akan tewas sebelum berperang kerana kita tidak yakin dengan diri sendiri dan pasukan untuk pergi berperang.

“Musibahnya, kita akan kehilangan apa yang kita miliki ketika ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori