Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Unit Manjung 4 Penuhi...

LUMUT - Unit Manjung 4, Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah di Manjung dekat...

Adenan Bayangkan PRN Sarawak...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam ini membayangkan bahawa...

Haslin, Mufti Menk Boleh...

BERITA BAIK... Khabar gembira buat semua peminat Ustaz Haslin Baharim dan Ismail Musa...

Pemenang Pingat Perak Sukan...

PEMENANG pingat perak acara maraton Olimpik Rio, Feyisa Lilesa dari Ethiopia memberitahu dia...

Patuhi Garis Panduan Banjir Pihak Berkuasa

KENINGAU – Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menasihatkan penduduk di Keningau agar tidak lagi membina rumah di kawasan berisiko tinggi dilanda banjir, terutama di tebing sungai.

Beliau berkata kerajaan sudah menyediakan garis panduan mengenai perkara itu, dan perlu dipatuhi penduduk demi kebaikan serta keselamatan mereka sendiri.

“Panduan ini cukup jelas, tolonglah ikut peraturan…gunakan kebijaksanaan anda (penduduk),” katanya kepada pemberita hari ini, ketika melawat Kampung Pampang, kampung paling teruk terjejas banjir kilat di daerah Keningau semalam.

Sebanyak 12 rumah yang dibina di tebing sungai di kampung berkenaan dihanyutkan banjir selepas tebing sungai perkampungan itu runtuh akibat arus deras Sungai Pampang.

Pairin turut menasihatkan penduduk supaya terus berhati-hati serta mematuhi segala arahan pihak berkuasa tempatan.

Beliau berkata sebelum ini, banyak nasihat kerajaan tidak dipatuhi malah terdapat bangunan berhampiran tebing sungai sedang dibangunkan.


“Saya lihat sebahagian daripada bangunan itu mula terhakis,” katanya.

Sebelum meninjau lokasi terjejas banjir itu, Pairin diberi taklimat khas mengenai perkembangan terkini banjir di Keningau oleh Ketua Polis Daerah Keningau DSP Ahmad Jawila di sebuah hotel di sini.

Turut hadir pada taklimat itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri Liawan Datuk Sairin Karno dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah David Guntabid. – BERNAMA

Kategori