Tuesday, November 19, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Gambar Budak...

LORISSANT (Amerika Syarikat) - Satu pasangan suami isteri membuat laporan polis selepas anak...

Twit Respons Aeril Ni...

TIDAK dinafikan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merupakan antara pasangan popular yang sangat...

Johor Cadang Sediakan Zon...

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mencadangkan supaya perniagaan spa, refleksologi, urutan dan pusat hiburan...

Syed Shamim Risau Hilang...

PENYANYI Syed Shamim mengakui bimbang akan hilang peminat apabila mengambil keputusan untuk muncul...

PAU 2017: Kafe Rakyat RM6 Antara Tarikan Baru PWTC

PERSIAPAN menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 berjalan lancar dengan pihak ibu pejabat parti terbesar itu kini bersedia sepenuhnya mengendalikan himpunan tahunan mega tersebut.

Berlangsung selama lima hari bermula 5 hingga 9 Disember ini, perhimpunan terbesar umat Melayu edisi ke-71 itu menyaksikan seramai kira-kira 5,739 perwakilan dan tiga sayap parti hadir dari 191 bahagian di seluruh negara.

Perhimpunan kali ini yang memberi fokus khas kepada Pilihan Raya Umum ke-14 bakal menjadi platform terpenting buat parti politik keramat Melayu tersebut bagi menentukan hala tuju masa depan agama, bangsa dan tanah air.

Tinjauan ke Mynewshub ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini mendapati, kerja-kerja akhir bagi perhimpunan hampir siap sepenuhnya termasuklah hiasan ruang yang akan dibanjiri pengunjung kelak.


Antara yang menarik perhatian ramai ialah Kafe Rakyat RM6 yang sudah dibuka hari ini di aras bawah kompleks tersebut kerana harga ditawarkan ternyata agak berbaloi dari segi bajet dengan menu menarik dihidangkan.

Dengan menggunakan slogan unik ‘Sedap dan Berbaloi’, kafe berkenaan sedia menawarkan pelbagai sajian makanan ringan dan berat serta aneka minuman sama ada sejuk atau panas dalam suasana ala warung tetapi eksklusif.

Pelanggan malahan boleh membeli secara kombo terus RM6 atau berasingan secara ala carte dengan harga rendah. Ternyata kafe sebegini dapat meringankan beban perwakilan parti dan pengunjung untuk mengisi perut kosong.

Ia juga selaras dengan dasar keprihatinan UMNO sendiri terhadap kepentingan rakyat untuk dapat mengikuti sesi perbahasan pada perhimpunan kali ini dengan selesa tanpa perlu pergi jauh di luar PWTC. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori