Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kestabilan Sarawak: Soon Kai...

KUCHING - Pemergian bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr Wong Soon...

Yusri Che Lah Letak...

KUALA LUMPUR: Jodoh bekas pemain kebangsaan Yusri Che Lah bersama Skuad Projek FAM-MSN...

6 Individu Cemerlang Terima...

KUALA LUMPUR - Ketua Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusian Dunia, Tan Sri Dr Jemilah...

Anwar Tarik Balik Saman...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Senator Datuk...

PAU 2017 Wajar Jadi Perhimpunan Realistik

SEMALAM Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sudah menyatakan asa pendirian parti itu, ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.

Soal Tujuh Lembayung yang dianggap Manifesto Menjelang Menifesto sangat menderaukan darah. Istilah yang dianggap merujuk pada persediaan kepada lebih tiga juta ahli UMNO dalam berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang pastinya sebelum Jun tahun depan.

Selain Piagam Tujuh Lembayung yang signifikan dengan legasi UMNO, Zahid yang juga menjalankan Tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, turut menyentuh mengenai 3A – merujuk pada Action! Action! Action.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid telah menghantar isyarat jelas. UMNO perlu kenal wajah diri sebagai parti teras Bumiputera Melayu dan Islam serta tulang belakang BN.

Selebihnya, 3A ialah teguran dinamik: UMNO mesti realistik dengan menjadikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 lebih relevan dengan tindakan pragmatis. UMNO telah melalui detik sukar sejak PRU 12 (2008) dan PRU 13 (2013).

Selain itu BN gagal bentuk kerajaan dua pertiga walaupun UMNO agak sukses dalam kedua-dua PRU lalu, namun hilang majoriti satu gambaran, betapa PAU 2017 mesti menerima hakikat untuk berubah dan kekal relevan sesuai dengan realiti semasa.

“UMNO kena ada sifat taat, parti kena bersatu dan tak boleh terus hanyut dalam pergeseran. Soal calon juga kena terima hakikat. Kita kena terima calon yang diputuskan berdasarkan potensi boleh menang dan disukai pengundi,” kata Ahmad Zahid ketika muncul di TV AlHijrah dalam temubual menjelang PAU pada 3 Disember lalu.

UMNO melalui masa sukar sekarang. Malah, lebih mencabar berbanding era krisis 1987 dan krisis 1998.

Bukan soal parti serpihan PBBM yang jadi isu, tetapi ukuran sebenar ialah kemampuan UMNO untuk menambat hati lebih 14 juta pengundi.


Sekali gus membantu rakan-rakan komponen terutama MCA, Gerakan dan MIC yang turut melalui detik sukar pada dua PRU lalu. Soal 3A paling kritikal. Mengubah UMNO daripada tanggapan retorik dan bombastik.

PAU kali ini mesti berteraskan hujah-hujah yang relevan terutama untuk memikat pengundi muda yang dikaitkan dengan mitos moden sebagai kelompok yang menjauhi parti berusia 71 tahun itu.

Jadi, sejauh mana perwakilan memahami 3A dan melaksanakan intro bagi idea ini, akan terpapar dalam PAU terutama sesi hari ini.

Perwakilan yang berucap mesti berpijak di bumi nyata dan menerima realiti UMNO mesti dilihat dengan persepsi relevan dan realistik.

Ahmad Zahid sudah menggerakkan hala tuju bagi membantu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak membahterakan PAU kali ini sebagai ‘ibu segala perhimpunan’ menjelang PRU ke-14.

Sekarang tiba masa perwakilan menterjemahkan semua itu melalui ucapan-ucapan mereka supaya PAU kali ini menjadikan UMNO dilihat dinamik, signifikan dan relevan. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori