Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Lelaki Bergaduh, Lamar...

BEIJING - CHINA. Babak ini biasa kita lihat dalam drama atau filem. Tetapi, ia...

Menara KL Sasar Sejuta...

KUALA LUMPUR - Menara Kuala Lumpur (Menara KL) menyasarkan sejuta pengunjung dari dalam...

Kecoh Babi ‘Berkeliaran’ Di...

ALOR GAJAH - Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) gempar apabila 14 ekor babi...

“Syukur Dah Ade Air,”...

GANGUAN bekalan air selama enam hari yang melanda di sekitar Lembah Klang sememangnya...

PDRM Bersiap Sedia Hadapi Cabaran PRU14

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi sebarang cabaran pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata anggota pasukan itu sudah melakukan pelbagai persediaan termasuk menjalani lima fasa latihan amal pra PRU14 di seluruh negara bagi memastikan kesiapsiagaan pasukan itu berada di tahap terbaik.

Beliau berkata latihan melibatkan lima fasa itu meliputi kesediaan sebelum pembubaran Parlimen, semasa penamaan calon, tempoh berkempen, hari pengundian dan kiraan undi serta pasca pilihan raya.

“PDRM mempunyai 130,000 anggota yang akan ditempatkan di seluruh negara sepanjang proses PRU dijalankan dan jumlah itu mencukupi bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pastikan kawasan terlibat dalam keadaan terbaik,” katanya selepas menyaksikan Latihan Amal PRU14 di sini semalam.

Di SELANGOR, sebanyak 276 anggota dari ibu pejabat polis daerah-daerah seluruh Selangor melaksanakan demonstrasi latihan semasa hari keputusan pilihan raya diumumkan yang diadakan di Jalan Dewan, Sabak Bernam.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata ini kerana pelbagai perancangan dan latihan khususnya berkaitan perjalanan PRU telah, sedang dan akan terus dilaksanakan pihaknya dari semasa ke semasa.


Di KELANTAN, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Ismail Mat Sidik berkata pihaknya menjalankan senario latihan berkenaan di Kompleks Kota Darul Naim yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan negeri pada masa ini.

Beliau berkata senario latihan itu berdasarkan situasi menangani kumpulan penyokong daripada parti yang menang mahu ‘merampas’ pusat pemerintahan negeri, namun dihalang penyokong parti yang kalah.

Latihan simulasi sama turut diadakan di Negeri Sembilan, Terengganu, Kedah, Perak dan Johor bagi menguji kesiapsiagaan pasukan dan kebolehan logistik pasukan berkenaan dalam mendepani cabaran sebenar. – BERNAMA

Kategori