Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Geng Kongsi...

NIBONG TEBAL - Seorang lelaki disyaki anggota kongsi gelap Geng Pneh ditahan dan...

Detik Terakhir ‘Daredevil’ Dari...

LELAKI 'daredevil' yang gemar melakukan aksi merbahaya tanpa peralatan keselamatan yang sebelum ini...

Angkasawan Mitchell Jelajah Bulan...

Edgar Mitchell adalah salah seorang dari 12 orang yang berjaya menjelajah bulan dilaporkan...

Alyah Muatnaik Gambar Akaun...

SESEKALI, ada bagusnya juga jika komen dan identiti segelintir pengikut Instagram selebriti yang...

Pecah Stesen Minyak, Anggota Tentera Didakwa

PETALING JAYA – Seorang anggota tentera didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan cuba memecah masuk ke dalam sebuah stesen minyak, April lepas.

Mohammad Muhsin Johari, 23 yang tidak mengaku bersalah didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah stesen minyak, di Kota Damansara, di sini, pada 4 pagi, 4 April lepas.

Bapa anak satu itu didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun enam bulan dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee tidak menawarkan sebarang jaminan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Nurul Aier Mohamad Harvian merayu jaminan yang rendah dengan alasan tertuduh kini tidak mempunyai sebarang pendapatan.


Majistret Salamiah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin serta menetapkan 23 Jan ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori