Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mohammad Syafiq Tenang Berdepan...

GOLD COAST - Biarpun baru pertama kali menyertai pentas Sukan Komanwel, penerjun pelapis...

Tiru Budaya Barat Punca...

PERJALANAN seni peserta dari Malaysia, Sada Borneo dalam program realiti terkenal, Asia's Got Talent...

Demam Melarat Buta, Penuntut...

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memfailkan saman,...

Jangan Parkir Ikut Suka...

KLANG - Jangan parkir ikut suka kerana hendak solat, hingga menyusahkan pengguna jalan...

Pegawai Khas Exco Perak Dan Isteri Maut Kemalangan

PARIT – Seorang pegawai khas kepada Exco Perak, isteri serta adiknya maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali, Bota di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin,35, pegawai khas kepada Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, isterinya Norhaslina Abdul Razak,27, dan adik Ahmad Nor Al-Zaidin, Nor Azira, 24, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga dipandu Ahmad Nor Al-Zaidin dari Kampung Gajah ke Teluk Intan bertembung dengan lori terbabit semasa tiba di lokasi nahas.

“Kemalangan menyebabkan kedua-dua kenderaan terhumban ke dalam tali air… pemandu lori dan kelindannya yang berumur 25 dan 27 tahun selamat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Zainal berkata mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori