Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

PRK Sg Besar: Pakatan...

SUNGAI BESAR - Kempen Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai...

“Ya Allah! Selamatkanlah Negara...

KUALA LUMPUR - "Individu seperti Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr...

Umat Islam Perlu Kutuk,...

KUALA LUMPUR - Umat Islam mesti mengutuk dan menghantar mesej tegas bahawa tiada...

Suami Isteri Masing-Masing Didenda...

SEREMBAN - Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM240,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini,...

Pegawai Tentera Dikhuatiri Lemas Tergelincir Dalam Lombong

SEREMBAN – Seorang pegawai tentera dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong di Pengkalan Durian di Rembau, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Penolong Penguasa Bomba Mohd Fuad Majid berkata Leftenan Kolonel Abd Rashid Shahdan, 54, dilaporkan telah tergelincir semasa cuba mencapai sampan di lombong itu.

“Berdasarkan maklumat awal kejadian dipercayai berlaku kira-kira 8 pagi tadi dan menurut saksi (rakan) yang berada di tempat kejadian, pegawai itu sedang jogging di kawasan itu sebelum bertindak untuk mengambil sampan di dalam lombong tersebut.

“Bagaimanapun ketika cuba mengambil sampan itu, beliau tergelincir dan dikhuatiri lemas,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Katanya operasi mencari pegawai tentera itu sedang dijalankan. – BERNAMA

Kategori