Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Pengambilan Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengkaji pengambilan semula pekerja asing bagi sektor-sektor tertentu...

Keychain Ada Alat Pengesan,...

BARU-BARU ini tersebar amaran meminta orang ramai supaya berhati-hati apabila dihampiri penjual  rantai...

Wanita Hilang Ditemui Terapung...

PORT DICKSON: Mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang Ahad lalu, ditemui terapung di...

3 Borang Pencalonan PRK...

KUALA KANGSAR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak mengesahkan tiga borang pencalonan telah...

Pelan Induk Masyarakat India Hak Kaum India

KUALA LUMPUR – Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India (MIB) bukan milik MIC atau kerajaan tetapi ia hak masyakarat India yang tidak boleh dikritik dengan pemikiran negatif, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Justeru, beliau menggesa masyarakat India agar mempunyai kepercayaan dan berharap kepada pelan induk itu ke arah memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup kaum berkenaan.

“Terdapat mereka yang mempunyai persepsi negatif terhadap pelan induk itu, kritikan itu hanya akan menghalang pelan tersebut daripada berjaya,” katanya kepada pemberita selepas sesi ‘Town Hall’ Pelan Induk Pembangunan Masyarakat India di Ibu Pejabat MIC di sini, malam ini.

“Kita juga mahu mewujudkan komuniti India yang bersatu padu, di mana masyarakat india membantu masyarakat India yang lain untuk maju,” katanya.

Mengulas cadangan yang diutarakan pada sesi tersebut, Dr Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata keutamaan harus diberikan kepada usaha untuk meningkatkan kualiti kaum India dalam setiap sektor.

Sesi town hall itu melibatkan Dr Subramaniam, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri SK Devamany dan Ketua Pengarah Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) Datuk Dr N.S Rajendran.


Sesi berkenaan dihadiri 800 pemimpin akar umbi dan anggota MIC bagi membincangkan pelaksanaan MIB antaranya dokumentasi warganegara, mewujudkan usahawan India, meningkatkan peratusan penjawat awam India, meningkatkan taraf hidup mereka di bawah kumpulan B40 dan pembangunan sekolah Tamil.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata MIC akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha kementerian yang relevan dengan pelaksanaan MIB bagi memastikan pelan induk berkenaan berjaya dalam tempoh 10 tahun akan datang. – BERNAMA

Kategori