Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

UMNO & PAS Perlu...

BACHOK - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa mengusulkan agar UMNO dan...

Benarkan Lynas Terus Beroperasi,...

KUALA LUMPUR – Penipuan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung bahaya kilang Lynas terdedah...

Haramkan Orang Islam Ke...

INILAH muka pemilik salon kecantikan yang begitu rasis hinggakan dia mengharamkan semua orang...

APMM Tahan Empat Bot...

KEMAMAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat buah bot nelayan Vietnam...

Pelbagai Bantuan Bukti Ekonomi Baik, Kerajaan Prihatin

BERA – Pelbagai bantuan daripada kerajaan termasuk pemberian kelengkapan persekolahan setiap tahun membuktikan keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan baik.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin dan tidak membuat janji kosong, sebaliknya sentiasa berusaha menunaikannya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat terus memberi kepercayaan kepada BN untuk membolehkan lebih banyak agenda pembangunan dilaksanakan demi kebaikan dan kesejahteraan mereka.

“Kerajaan mempunyai agenda tertentu bagi membela rakyat dan tidak sesekali membeza-bezakan golongan masyarakat. Kita jangan mudah percaya dengan tohmahan terhadap kerajaan.

“Kita perlu terus menyokong kerajaan yang terbukti memberi banyak manfaat kepada rakyat seperti bantuan diberikan kepada anak-anak di Bera setiap tahun,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Persekolahan 2018 Parlimen Bera dan Anugerah Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 di Kompleks Rakan Muda di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan pada tahun ini, penerima bantuan bertambah kepada 10,000 murid berbanding 7,500 pada tahun lalu, dengan keutamaan diberikan kepada keluarga golongan miskin, ibu tunggal, anak yatim dan ibu bapa yang mempunyai tanggungan ramai.


Kesemua penerima terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah itu menerima sumbangan berupa sepasang pakaian sekolah, kasut dan beg sekolah.

“InsyaAllah kita akan beri lebih lagi, selagi ada yang memerlukan bantuan. Bantuan ini diberikan tanpa mengira fahaman politik…siapa yang layak dia akan dibantu.

“Inilah manfaatnya apabila rakyat memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada, yang prihatin dengan keperluan rakyat,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata sumbangan itu merupakan inisiatif bersama badan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Salam dan Pusat Khidmat Parlimen Bera.- BERNAMA

Kategori