Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

31 Kawasan Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 31 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana...

Menang Tanpa Bertanding, ‘Langkah...

SEREMBAN ā€“ Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan memulakan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14...

Setiausaha Agung OIC Puas...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Dr Yousef Al-Othaimeen berpuas...

Isu Doping Atlet Di...

KETUA kontinjen negara ke Sukan Komanwel 2018, Huang Ying How mengakui beliau mengetahui...

Pemandu, Kelindan Lori Nahas Maut Positif Dadah

PARIT – Pemandu dan kelindan lori terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan pegawai khas Exco Perak, isteri dan adiknya di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan berhampiran Kampung Teluk Memali pagi tadi, positif dadah, menurut polis.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata hasil ujian urin mendapati kedua-duanya yang berumur 25 dan 27 tahun positif dadah jenis methamphetamine.

“Kedua-duanya akan direman esok di Mahkamah Majistret Parit untuk membantu siasatan kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35, pegawai khas kepada Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak, isterinya Norhaslina Abdul Razak, 27, dan adiknya Nor Azira, 24, maut di tempat kejadian.


Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dipandu Ahmad Nor Al-Zaidin dari arah Kampung Gajah ke Teluk Intan bertembung dengan lori terbabit sebelum terseret sejauh 10 meter dan terhumban ke dalam tali air. – BERNAMA

Kategori