Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mahkamah: Kelindan Lori Didakwa...

KUALA KANGSAR - Seorang kelindan lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari...

TH Nafi Ringgit Tak...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang...

Prestasi Ringgit Lebih Baik...

KUALA LUMPUR – Prestasi ringgit akan menjadi lebih baik selepas keyakinan pelabur terhadap...

Tuah Warga Emas Dipelawa...

MINGGU lepas, Bill yang berusia 95 tahun telah menghubungi Radio Solent dan bercakap...

Pemandu Treler Rempuh Belakang Treler Lain Maut

SEREMBAN – Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan melibatkan dua treler di KM43.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), berhampiran simpang keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan 1 Balai Bomba dan Penyelamat Nilai Lias Amat berkata pemandu yang memandu treler dengan muatan 60 tan polyethylene itu dipercayai telah merempuh belakang sebuah treler yang membawa muatan 60 tan tiang konkrit yang berhenti di laluan kecemasan kerana rosak.

Bomba menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada 7.02 pagi dan tiba ke lokasi kejadian 15 minit kemudian dengan kekuatan 10 anggota termasuk dua pegawai.

“Mangsa, Muhamad Jidin, 27, yang tersepit pada bahagian kabin pemandu akibat rempuhan tersebut berjaya dikeluarkan anggota bomba, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan.


“Pemandu treler yang membawa konkrit pula, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Lias berkata mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat. – BERNAMA

Kategori