Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

UniMAP Jadual Semula Tarikh...

KANGAR - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersetuju memberi pertimbangan khas kepada pelajarnya yang...

PRN: 7 Penulis Upahan...

KUCHING - Sekumpulan tujuh penulis blog upahan DAP dihalau daripada sebuah majlis anjuran...

ATM Tubuh Lembaga Siasatan...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menubuhkan satu lembaga siasatan bagi mengenal...

Gaduh Dalam Penjara Sg...

KUALA LUMPUR - Seorang banduan ditikam hingga mati oleh dua banduan lain dalam...

Pemasar Perlu Celik Teknologi, Kreatif – Rafidah

KUALA LUMPUR – Pemasar perlu berubah sejajar dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kreatif untuk terus relevan dalam industri.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata penting bagi mereka yang terlibat dalam pemasaran atau penjualan produk dan perkhidmatan untuk celik teknologi dan mengetahui menggunakan pelbagai penyelesaian bagi memenuhi permintaan pelbagai segmen pasaran.

“Jika pemasar hanya mempunyai teori, tanpa keupayaan untuk merangka strategi menggunakan ICT, maka dia akan ketinggalan dan akan diambil alih oleh mereka yang lebih mengetahui mengenai penyelesaian baharu.

“ICT membolehkan mereka merangka semula kaedah untuk mencapai pengguna dan mendapati mereka kini mula menggantikan bukan sahaja beberapa fungsi penggiat pasaran tradisional, tetapi juga penggiat pasaran,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Kelas 2/2016 dan 1/2017 Institut Pemasaran Malaysia (IMM), di sini hari ini.

Rafidah berkata syarikat, perniagaan dan entiti perniagaan perlu menyesuaikan strategi pemasaran mereka dengan menggunakan kemudahan ICT untuk mendekati pengguna mereka.

“Dalam pemasaran, kemahuan adalah berbeza. Jika anda berusaha lebih daripada sekadar melakukan promosi dan terlibat dalam proses belian dan jualan, maka anda telah melengkapkan rantaian nilai pemasaran dan berjaya mendapat urus niaga. Itu yang perlu dilakukan oleh pemasar,” katanya.


Terdahulu, Rafidah, yang merupakan Felo Kehormat dan bekas penaung IMM, menyampaikan sijil kepada 19 graduan yang tamat program pensijilan Pemasar Profesional Bertauliah Asia (CPM Asia).

Pensijilan itu bagi kecekapan profesional, pencapaian standard pengalaman yang tinggi, pengetahuan dan sikap kepada majikan, pelanggan, selain kepada rakan dalam profesyen pemasaran.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim dan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang. – BERNAMA

Kategori