Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

14,990 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Sejumlah 14,990 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan Selangor kembali...

Kerajaan Kaji Cadangan Susun...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengkaji cadangan supaya sistem pengeluaran Lesen Kenderaan Perkhidmatan...

Akibat Makanan Goreng, 468...

SEORANG wanita yang suka makan makanan bergoreng terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa...

Video Lucah: Hilman Mengaku...

PUTRAJAYA - Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham mengakui telah bertemu...

Pembekal Bahan Binaan Ditipu Ah Long RM35,000

KUALA TERENGGANU – Niat seorang pengusaha dan pembekal bahan binaan membuat pinjaman RM35,000 untuk membeli tanah tidak kesampaian apabila ditipu oleh ‘ceti haram’ atau Ah Long, di sini.

Mangsa berumur lingkungan 50-an, dari Setiu, dikatakan telah membuat laporan polis apabila merasakan dirinya ditipu oleh kumpulan itu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata mangsa telah membuat pinjaman kecilan melangkau lima kali dan hingga kini gagal memperolehi pinjaman pembiayaan perniagaan yang dikehendakinya.

“Kumpulan Ah Long tersebut bukan berbentuk ganas seperti menyimbah cat, menculik atau melakukan sebarang keganasan tetapi lebih kepada ‘mencekik darah’.

“Kumpulan ini membebankan peminjam dengan menyuruh mangsa membuat tiga kali pinjaman kecil yang bernilai RM1,000 sebelum membuat pinjaman yang lebih besar,” katanya kepada Bernama.

Aidi berkata menerusi tiga pinjaman tersebut peminjam perlu melalui proses berlainan iaitu pada pinjaman pertama dan kedua, daripada RM1,000 yang dipinjam mereka hanya dibayar RM300 dan baki RM 700 dianggap wang proses bagi mendapatkan pinjaman besar.

Pada pinjaman kali ketiga pula mereka dibayar RM700 dan baki RM300 diambil sebagai wang proses, yang mana wang akan dimasukkan ke akaun peribadi pekerja dan bukannya ke akaun syarikat terlibat.

Bagaimanapun setelah pinjaman kecil dilakukan mangsa, mereka tetap tidak mendapat pinjaman pembiayaan perniagaan seperti yang dijanjikan dan peminjam perlu membayar balik nilai pinjaman sama walaupun wang yang diterima kurang daripada nilai yang dipinjamkan.


Beliau berkata kumpulan yang mempunyai enam hingga 10 anggota itu bergerak secara berkumpulan untuk mencari pelanggan dan dikesan bergiat aktif di Terengganu sejak dua tahun lalu, turut beroperasi di Pahang dan Kelantan.

Aidi berkata berdasarkan maklumat daripada mangsa, polis telah menahan tiga anggota kumpulan itu di sekitar Kuala Terengganu dan direman di Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu sejak Selasa lalu hingga 17 Dis ini bagi membantu siasatan, manakala enam lagi suspek telah dikenal pasti dan sedang diburu.

Katanya hingga hari ini sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis melibatkan kumpulan yang sama dan kes di siasat di bawah seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

Beliau menasihatkan masyarakat agar membuat pinjaman menerusi institusi yang sah berlesen sahaja selain daripada perbankan. – BERNAMA

Kategori