Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Gaji Minimum RM1,800, Habis...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad secara berseloroh berkata semua kedai...

KKM Bimbang Kegiatan Doktor...

Kuala Nerus : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kegiatan doktor gigi palsu atau...

Tular Tarikh Raya Awal...

PUTRAJAYA: Pakar falak terkenal tanah air, Hanafiah Abdul Razak menyangkal mesej tular menerusi...

Ibu Maut Kemalangan Selepas...

KUANTAN - Seorang ibu maut selepas kereta yang dipandu anaknya terbabas dan merempuh...

Pemberian Tanah Di Kg Sungai Yu Tak Ikut Syarat

SHAH ALAM – Proses pemberimilikan tanah Kerajaan Negeri Selangor kepada peneroka asal Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor tidak dibuat mengikut syarat yang betul, kata Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Pengerusi Selcat, Hannah Yeoh yang juga Speaker DUN Selangor berkata Selcat memandang serius kesilapan dan kecuaian Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Kuala Selangor dalam proses pengesahan dan penyemakan butiran peribadi pemohon tanah terbabit yang majoritinya berketurunan India.

“Melalui penelitian dokumen Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan PTD, Selcat mendapati bahawa terdapat ketidakpatuhan syarat dalam proses pemberimilikan tanah kerajaan di Kampung Sungai Yu.

“Difahamkan bahawa pemberimilikan tanah kerajaan di Kampung Sungai Yu melibatkan 175 lot kepada peneroka asal atau waris mereka dan penduduk tempatan di kawasan itu,” katanya dalam sidang media di lobi DUN Selangor di sini hari ini.

Sebahagian penduduk kaum India kampung itu sebelum ini menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menarik semula pemberian kesemua lot tanah yang diagihkan menerusi skim rancangan tanah kampung itu atas dakwaan berlaku amalan nepotisme dan salah guna kuasa dalam pengagihan lot tanah itu.


Adun Permatang Datuk Sulaiman Abdul Razak dalam satu sidang media mendakwa kerajaan negeri memberi tanah itu kepada kroni sehingga mereka yang tidak berkelayakan turut menerima inisiatif tersebut termasuk kalangan doktor dan guru.

Dalam pada itu, Yeoh berkata Pengarah SPRM Selangor Datuk Wan Ramli Wan Abdullah dalam sepucuk surat kepada pejabat DUN Selangor pada 29 Nov lepas mengesahkan bahawa hasil siasatan awal pihaknya mendapati tiada unsur salah guna kuasa dalam pemberian tanah di kampung itu. – BERNAMA

Kategori