KANGAR – Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mengadakan pemilihan terbuka untuk mencari barisan pemain skuad Piala Presiden (Bawah 21) negeri itu, pada petang ini dan esok, bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis, Arau dekat sini.
Menurut kenyataan PFA di sini, mereka yang berminat diminta hadir dengan pakaian bersesuaian di Padang Rani universiti itu dan pemilihan akan bermula pada 4 petang.
“Pemain-pemain yang berminat untuk pemilihan mestilah berumur antara 17 dan 20 tahun sahaja. Perlu sihat tubuh badan dan pernah mewakili kelab, kolej, universiti, daerah atau negeri,” katanya.
Sebelum ini PFA juga mengadakan pemilihan terbuka untuk melengkapkan skuad utama negeri tersebut. – BERNAMA