Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gomez Salahkan Kualiti Padang...

KUALA LUMPUR - Pengurus dan Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario...

‘Main Belakang’: Mahkamah Rayuan...

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin terhadap saman fitnah...

Maritim Malaysia Rampas 410,000...

KUALA TERENGGANU: Maritim Malaysia Terengganu mematahkan cubaan penyeludupan rokok selepas merampas 410,000 batang...

600 Keluarga Pindah Di...

SANDAKAN - Seramai 600 keluarga yang terlibat dalam Program Penempatan Semula Perkampungan Air...

Pemuda Didakwa Hantar Komunikasi Jelik Terhadap PM

KUALA LUMPUR – Seorang penyelia pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Siber di sini, hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik terhadap perdana menteri melalui akaun Facebooknya, tahun lalu.

Muhammad Amirul Helmy Hisham, 23, selaku Orang Kena Saman (OKS), bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Amirul Helmy didakwa menggunakan nama profilnya di laman Facebook secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada jam 10.23 pagi, 18 Nov 2016.

Komen Muhammad Amirul Helmy dibaca pada jam 9 pagi, 17 Feb lalu di Tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, di sini.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Mohd Sophian Zakaria menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh, yang diwakili peguam Adlizan Noor, memohon jaminan rendah atas alasan dia menanggung adik-beradik yang masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori