Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Anak Mendapat Malu, Bersihkan...

KAJANG - Pemandu teksi yang sebelum ini ditahan reman kerana dipercayai terlibat dengan kes...

Gangguan Emosi Bawa Hasil...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin tidak menyangka gangguan emosi yang...

Kehilangan Kabel: Seorang Juruteknik...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi suspek untuk...

Muat Naik Gambar Separuh...

CHEF Selebriti No.1 Negara, Chef Wan telah memuatnaik sekeping gambarnya sewaktu berusia 24...

Pemuda Ditemui Mati Lemas Di Sungai Kelantan

KOTA BHARU – Seorang pemuda yang dilaporkan terjatuh ke Sungai Kelantan di Lembah Sireh di sini tengah hari tadi, ditemui mati lemas kira-kira dua jam kemudian.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Pegawai Bomba Kanan II Che Zamri Che Ya berkata mayat mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditemui pada 3.20 petang oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berhampiran lokasi dia dilaporkan jatuh.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa yang dilaporkan terjatuh ke dalam sungai berkenaan pada 1.15 tengah hari tadi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Che Zamri berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata seramai 10 anggota PPDA dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim dan Kota Bharu terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat itu.


Sementara itu seorang pengawal keselamatan, Mohd Azrul Othman, 22, berkata dia sempat melihat mangsa melambai-lambaikan tangan sambil meminta tolong sebelum tenggelam.

“Ketika itu saya sedang berehat di sebuah wakaf (pondok) selepas selesai melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

“Tiba-tiba terdengar orang menjerit meminta tolong, saya bergegas ke tebing sungai dan ternampak mangsa sedang melambaikan tangan dan tenggelam tidak lama kemudian,” katanya yang kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk menyelamatkan mangsa. – BERNAMA

Kategori