Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

LPT1 Pula Berlaku Tanah...

TEMERLOH: Pengguna di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) di sini dikejutkan dengan...

Wang Hangus, Pelaburan Lesap...

KUANTAN - Wang hangus, pelaburan lesap. Itu nasib seorang guru yang kerugian RM45,000...

Rakyat Mexico Desak Kerajaan...

BANDARAYA MEXICO - Beribu-ribu penunjuk perasaan berarak di jalan raya utama di sini...

49 Kes Pencemaran Dibawa...

NUSAJAYA - Sebanyak 49 kes pencemaran dibawa ke mahkamah tahun lalu, kata Pengerusi...

Penganggur Dijel 6 Bulan, Curi Barang Pelancong

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencuri barang milik dua pelancong warga asing di dua buah hotel bajet.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman penjara dua bulan bagi pertuduhan pertama manakala penjara enam bulan bagi pertuduhan kedua terhadap Lin Chin Ching, 21, dan memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 20 Okt lalu.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu telah mencuri wang tunai berjumlah RM75 bersama pengepit duit jenama Fossil milik seorang pelancong warga Taiwan, Chen Hsin An, di Hostel The Bed, Jalan Sultan Ismail, di sini pada 6.07 pagi, 18 Okt lalu.

Dia juga mencuri barang-barang milik pelancong warga Amerika Syarikat, Man San Chang antaranya sebuah komputer riba, sebuah kamera dan alat pengecas yang bernilai keseluruhan RM5,000 di Hotel Pudu 88, Dang Wangi, di sini pada 4.20 petang, 13 Okt lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan hukuman penjara dengan denda atau sebat bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.


“Dalam kedua-dua kes ini, tertuduh telah menggunakan modus operandi yang sama iaitu mencuri di dalam bilik hotel yang didiami bersama penghuni lain dan pertuduhan kedua adalah susulan daripada tangkapan kes curi pertama,” katanya.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia baru sahaja tiba dari Sabah dan ingin mencari kerja di sini.

Mengikut fakta kes, tertuduh berjaya ditangkap berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedua-dua buah hotel berkenaan. – BERNAMA

Kategori