Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Skandal MARA Corp: SPRM...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mencadangkan beberapa nama kepada...

Maszlee ‘Terkejut’ Peserta Demo...

KEJUTAN... Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dilaporkan tidak tahu menahu kenapa peserta demo...

Hak SPR Tentukan Hari...

KUANTAN - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Suruhanjaya Pilihan Raya...

Polis Selangor Tahan Seorang...

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan seorang lelaki kerana didakwa menghina agama Islam...

Penganggur Dipenjara Kerana Curi Nutella

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur terpaksa meringkuk di penjara selama tiga bulan 14 hari selepas gagal membayar denda di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas kesalahan mencuri empat botol sapuan roti coklat ‘Nutella’ di Pasar Raya Tesco, tiga hari lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Azmi Mohamed Eid, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri empat botol Nutella bernilai RM111.96 milik Pasar Raya Tesco Ampang, di sini pada 2.50 petang, 20 Dis lepas.

Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara selama 14 hari bermula dari tarikh dia ditangkap pada 20 Dis lalu dan denda RM500 atas pertuduhan tersebut namun tertuduh gagal membayar denda berkenaan menyebabkan dia dipenjarakan selama tiga bulan lagi.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga didenda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian hendaklah dipenjara dan boleh juga didenda atau sebat.

Terdahulu ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia kini tidak bekerja selain perlu menyara keluarga.


Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon hukuman berbentuk pengajaran sebagai teladan kepada tertuduh dan masyarakat mengambil kira kes curi di pasar raya yang semakin meningkat. – BERNAMA

Kategori