Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Mangsa Banjir Dipindahkan Di...

KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang hampir pulih dengan hanya 397 mangsa masih...

Isu Orang Asli: Najib...

ALAHAI... Setelah kantoi seorang senator Pakatan Harapan (PH) ugut Orang Asli, kali ini...

LKIM Mahu K’jaan Beku...

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) meminta kerajaan supaya membekukan sementara...

Sebelum Jadi Duta, Yuna...

YUNA atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, 29, dipilih menjadi duta kempen Mitsubishi ASX...

Pengawal Didenda Miliki Pelbagai Peralatan Berbahaya

KUALA LUMPUR – Gara-gara memiliki pelbagai peralatan berbahaya tanpa alasan munasabah, seorang pengawal keselamatan didenda RM200 atau 10 hari penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Naim Haziq Abdullah, 20, selepas dia mengaku bersalah memiliki barangan termasuk tiga batang L Key yang diubah suai, sebatang spanar saiz 8 dan beberapa peralatan lain dengan tujuan melakukan kesalahan jenayah.

Kesalahan itu dilakukan di Plaza Sungai Mas, Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, pada 7 malam, 26 Dis mengikut Seksyen 28 (i) (ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman denda yang rendah dengan alasan dia menyara adik beradiknya yang masih bersekolah namun, Timbalan Pendakwa Raya Norelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

Di mahkamah sama, seorang penulis landskap S. Ganesan, 27, pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Ahmad Faisal Shabudin, 27, dengan menetak lelaki itu menggunakan sebilah parang panjang berukuran lebih satu kaki sehingga menyebabkan kecederaan parah pada bahagian bahu kanan mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit rumah kedai di Wangsa Maju di sini pada 2.45 pagi, 26 Dis lalu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.


Noorelynna Hanim menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin tetapi tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu jaminan yang rendah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin serta menetapkan 5 Feb depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori