Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Nasrudin Hassan Jawab Amaran...

Amaran parti DAP kepada PAS berkaitan kekalahan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

Pencapaian Malaysia Di Bawah...

Zaman Malaysia di bawah Najib sebenarnya adalah era paling cemerlang untuk Malaysia

JKR Buka Laluan Alternatif...

GUA MUSANG : Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan penyuraian trafik di laluan...

Palestin Rancang Mohon Keanggotaan...

WASHINGTON : Palestin merancang untuk memohon keanggotaan penuh dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Penggulungan PM Akhiri Perhimpunan Agung UMNO

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang memasuki hari terakhirnya hari ini akan bermula dengan perbahasan usul agama dan pendidikan.

Sesi perbahasan itu akan dimulakan wakil Johor Senator Zahari Sarip sebagai pencadang usul sebelum disokong wakil Kelantan Amran Arifin pagi ini.

Sebanyak 14 pembahas dijangka membahaskan usul berkenaan dimulakan oleh wakil Pulau Pinang Mohd Nashrol Hisham Abdullah sebelum sesi penggulungan oleh ketua-ketua sayap, wakil anggota Majlis Tertinggi UMNO, wakil kerajaan, naib presiden dan presiden parti.

Ucapan penangguhan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden parti pastinya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh perwakilan yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, tetapi juga oleh seluruh anggota UMNO di seluruh negara.

Ini memandangkan perhimpunan tersebut adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Semalam, usul ucapan dasar presiden dan usul ekonomi diluluskan oleh 2,718 perwakilan daripada 191 bahagian UMNO yang turut sebulat suara meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang. – BERNAMA


Kategori