Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Berapa Ganjaran Diterima Pemenang...

PARA atlit menghabiskan hampir seluruh hidup mereka, berlatih untuk mengambil bahagian mewakili negara...

Jurujual Didenda RM5,000 Ugut...

KUALA LUMPUR - Seorang jurujual komponen kereta didenda RM5,000 atau enam bulan penjara...

Pemain Import Selangor Dakwa...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) terus dilanda kontroversi berhubung isu...

Budiman, Mastura Hadiri Taklimat...

KUALA LUMPUR - Dua anggota Parlimen yang baru dipilih, Budiman Mohd Zohdi dan...

Pengguna ICQS Bukit Kayu Hitam Cecah 3.2 Juta

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menganggarkan jumlah mereka yang menggunakan laluan keluar masuk di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam mampu mencecah 3.2 juta sehingga hujung Disember.

Pengarahnya Zuhair Jamaludddin berkata setakat November, pihaknya merekodkan 3.1 juta pengguna ICQS dan jelas trend peningkatan keseluruhannya (Januari-Disember) sebanyak 2.9 juta pada 2015 dan 3.1 juta pada tahun lalu.

“Purata rakyat Malaysia ke negara jiran Thailand melalui ICQS setiap bulan ialah 80,000 dan jumlah itu boleh meningkat sehingga 100,000 setiap kali menjelang cuti sekolah terutama pada Disember,” katanya ketika ditemui Bernama di sini baru-baru ini.

Beliau berkata peningkatan jumlah rakyat Malaysia melalui ICQS untuk ke Thailand itu didorong oleh beberapa faktor antaranya faktor pelancongan, lebih-lebih lagi melalui pelbagai pakej pelancongan yang ditawarkan syarikat tempatan.

“Malah setiap kali musim cuti sekolah, atau ada perayaan tertentu seperti Pesta Songkhran di Thailand, jumlah rakyat kita yang ke luar sempadan bertambah,” katanya.

Seperti diketahui umum, sempadan negara di Bukit Kayu Hitam merupakan antara laluan yang menjadi pilihan utama penduduk di utara Semenanjung untuk ke selatan Thailand, terutama di pekan Danok dan Hatyai.

Sehubungan itu beliau menasihatkan mereka yang mahu ke selatan Thailand sewaktu musim cuti sekolah ini untuk tidak melanggar undang-undang di negara itu terutama aspek pematuhan kepada dokumentasi imigresen.


Bagi mengelakkan kesesakan terutama pada kawasan pemeriksaan Imigresen Thailand, Zuhair turut menasihatkan orang ramai merancang perjalanan mereka.

“Jangan keluar terlalu awal pagi kerana dikhuatiri pengguna boleh terperangkap dengan kesesakan bersama pemandu lori dan treler yang kebanyakannya berurusan pada waktu ini, kalau boleh mulakan perjalanan pada pukul 10 pagi ke atas,” katanya

Dalam pada itu, Zuhair berkata pihaknya sudah mengutip kompaun sebanyak RM4.2 juta sehingga November tahun ini melalui pelbagai operasi ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI) dan majikan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kutipan itu diperoleh daripada sejumlah 2,110 operasi penguatkuasaan yang membabitkan 1,698 tangkapan PATI dan 73 majikan, katanya. – BERNAMA

Kategori