Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bianco Mimosa Lancar Koleksi...

BERITA baik buat bakal raja sehari, jenama pereka yang kian popular di negara...

NCD-iS Perkukuh Sistem Kesihatan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan menandatangani perjanjian dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)...

SPRM Sahkan Seorang Pegawainya...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa seorang pegawai suruhanjaya ini...

JKNT Jejak Penerima Sijil...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang mengenal pasti individu yang...

Pengisytiharan Trump, Tingkatkan Risiko Keganasan

TINDAKAN presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Isreal akan mencetuskan risiko keganasan baharu di Timur Tengah.

Lapor portal BBC, keputusan Trump menurut Menteri-Menteri Luar negara Arab mengakhiri dasar tidak berpihak yang diambil oleh AS dan ia diklasifikasikan sebagai isu paling sensitif di rantau itu.

Negara-negara anggota Liga Arab berkata, perkembangan ini juga menunjukkan mereka tidak boleh lagi bergantung kepada kuasa besar dunia itu sebagai orang tengah dalam usaha menangi konflik yang berlaku di Timur Tengah.

Kenyataaan yang disokong daripada 22 negara termasuk rakan sekutu AS itu diputuskan dalam satu sesi mesyuarat tergempar yang diadakan ketika rakyat Palestin membantah di seluruh Tebing Barat yang diduduki, Jerusalem dan Gaza bagi melawan keputusan presiden AS sepanjang hari.

Baitulmaqdis adalah kota suci bagi ramai penduduk Islam, Yahudi dan Kristian, dan statusnya menjadi cabaran terbesar dalam mencapai persetujuan damai antara Israel dan Palestin.

Antara masalah utama ialah kedudukan, Israel mahu Baitulmuqaddis Barat dan Timur disatukan dan dijadikan ibu kota negara itu.

Tetapi Palestin juga mahu jadikan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota negara merdekanya. Dalam senario dua negara, Israel dan Palestin, Baitulmuqaddis boleh menjadi ibu kota bersama.

Iaitu Israel di Baitulmuqaddis Barat dan Palestin di Baitulmuqaddis Timur. Tetapi Israel secara bongkak mahukan keseluruhan kota itu, jika negara Palestin ditubuhkan, Israel mahukan ibu kota Palestin bukan Baitulmuqaddis.

Negara-negara Eropah menolak kehendak Israel dan mereka cadangkan supaya Baitulmuqaddis dijadikan kota antarabangsa di mana penziarah keagamaan bebas memasukinya.

Biarpun lokasi Baitulmaqdis terletak di Palestin, Israel bertindak menceroboh kota itu dalam perang Timur Tengah pada 1967.

Sejak itu, Israel telah menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu negara mutlaknya dan mahu semua kedutaan berpangkalan di sana, sedangkan rakyat Palestin mahu bandar suci ketiga dalam agama Islam yang menempatkan Masjid Al-Aqsa itu dijadikan sebagai ibu kota Palestin pada masa depan.

Malah masyarakat antarabangsa dan dunia tidak pernah mengiktiraf tuntutan Israel ke atas seluruh bandar itu.

Bagaimana ianya tidak diambil pusing oleh Trump, keputusan yang dilakukan itu sebagai mengotakan janji yang dibuatnya ketika berkempen menjadi presiden dan beliau mengatakan ia ‘sekadar mengiktiraf realiti’.

Perkara itu ternyata menaikkan api kemarahan dunia terhadapan keputusan pemimpin AS itu termasuk dalam kalangan negara-negara Arab.


Satu mesyurat tergempar yang dianggotai oleh negara-negara anggota Liga Arab diadakan di ibu kota Mesir, Kaherah pada Sabtu.

Liga Arab yang turut dianggotai akan sekutu AS seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Jordan turut menganggap keputusan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah langkah bahaya.

Mesyuarat itu menyifatkan perdamaian tidak akan berlaku tanpa pembebasan Baitulmaqdis dan kesemua anggota sebulat suara memutuskan:-

  • AS secara automatiknya ‘ditarik keluar’ dan bukan lagi orang tengah’ dalam membawa pendamaian kepada konflik berpanjangan Palestin-Israel ekoran keputusan yang dibuatnya.
  • Tindakan Trump menambah api ketegangan dan mencetuskan kemarahan seluruh umat Islam yang mana dikhuatiri meningkatkan risiko keganasan dan kekacauan di Timur Tengah.
  • Permohonan akan dilakukan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengecam tindakan Trump.

Terdahulu, dalam majlis mesyuarat kecemasan di ibu pejabat PBB di New York pada Jumaat, 14 negara dalam majlis itu membantah dan mengutuk keputusan Trump.

Namun bagi Duta AS, Nikki Haley dengan tegas menolak kritikan dari negara-negara lain pada mesyuarat itu dan berkata, ia adalah ‘sesuatu perkara biasa’ untuk mewujudkan kedutaan di Baitulmaqdis.

Sementara itu Perdana Menteri Isreal, Benjamin Netanyahu pada Sabtu mendakwa pegawai Eropah bersikap hipokrit kerana mengkritik keputusan Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Walaupun dia tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin, Netanyahu berkata para pemimpin yang sama telah gagal untuk mengutuk serangan roket ke wilayah Israel dari Gaza.

Tiga roket ditembak ke arah Israel dari Gaza pada Jumaat, mendorong Israel untuk mengadakan serangan udara sebagai tindak balas. Menurut Israel, ia telah mencapai sasaran menembak tapak ketenteraan yang dimiliki kumpulan Hamas, membunuh dua anggotanya.

Semalam, ratusan warga Palestin berhimpun di Tebing Barat dan Gaza untuk meneruskan bantahan, namun jumlah mereka dilporkan lebih kecil berbanding dua hari sebelumnya.

Di utara Israel, sebuah bas direjam dengan batu apabila ia melalui kawasan kejiranan Arab, mencederakan tiga warga Israel.

Ribuan warga Palestin telah membantah dan mengambil bahagian dalam protes jalanan yang dianjurkan oleh majoriti negara-negara Islam di serata dunia. – MYNEWSHUB.CC

Kategori