Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bangladesh Hantar Pelarian Rohingya...

DHAKA - Kerajaan Bangladesh akan mula menempatkan kira-kira 100,000 pelarian Rohingya di sebuah...

Zahid Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Kementerian Pertanian Runding Konsep...

KUCHING - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berunding dengan kerajaan negeri...

Hukuman Gantung Azilah Hadri...

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman gantung sampai mati kepada penjara...

Penipu Ini Dijatuhi Hukuman Penjara 13,275 Tahun…

BANGKOK – Mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara selama 13,275 tahun kepada seorang lelaki selepas dia didapati bersalah terlibat dalam aktiviti penipuan skim kewangan.

Lapor portal BBC, Phudit Kittithradilok mengaku menjalankan sebuah skim dikenali sebagai Ponzi, di mana dia menjanjikan pulangan kewangan yang tinggi kepada para pelaburnya.

Susulan pengakuannnya itu, mahkamah mengurangkan separuh hukumannya kepada 6,637 tahun dan enam bulan. Bagaimanapun lelaki berusia 34 tahun itu mungkin hanya menerima 20 tahun maksimum hukuman penjara.

Ini memandangkan had tempoh hukuman itu ditetapkan berdasarkan Kanun Keseksaan Thailand yang tidak mengambil kira beberapa banyak tuduhan yang dikenakan.

Sejak  Ogos 2015 hingga September 2016, kira-kira 40,000 orang berjaya ditipu oleh Pudit untuk melaburkan sebanyak AS$160 juta (kira-kira RM649 juta) dalam syarikatnya.

Mahkamah malahan mendapati dia terlibat dalam pinjaman haram dan kira-kira 2,653 kes penipuan.


Menurut para pendakwa raya di mahkamah, Pudit menganjurkan seminar di mana para peserta digalakkan untuk melabur dalam apa jua perniagaan seperti pembangunan hartanah, kecantikan, kereta terpakai dan eksport.

Pudit ditahan di Penjara Reman, Bangkok sejak dia ditangkap pada bulan Ogos lalu, selepas ikat jaminnya ditolak. Mahkamah turut mendenda dua buah syarikat miliknya sebanyak AS$20 juta (RM81 juta) setiap satu.

Ia turut mengarahkan Pudit membayar balik kira-kira AS$17 juta (RM69 juta) kepada kesemua mangsa dengan faedah tahunan sebanyak 7.5 peratus. – MYNEWSHUB.CC

Kategori