Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pembangkang Mahu Kumpul 1...

KUALA LUMPUR - Pemimpin pembangkang melancarkan Kempen #BantahGST yang bertujuan mendapatkan 1...

KKM Latih Lebih 10,000...

SUNGAI PETANI - Kursus Katering Sihat yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak...

Model MRT3 Tukar Kepada...

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk menukarkan struktur perlaksana projek Mass Rapid Transit 3...

Dugaan Ramadan Aliff Syukri...

KECOH di media sosial mengenai isu pembantu rumah jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri...

Penjual Ikan Didakwa Bunuh Seorang Lelaki

SUNGAI PETANI – Seorang penjual ikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Amirul Khairol, 19 yang hanya mengangguk tanda faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Farid Abd Latif.

Tertuduh didakwa membunuh Liu Chee Wei, 25, di Taman Arked dekat sini pada 2.30 hingga 3.30 petang, 4 Dis lalu menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan hasil ujian kimia. – BERNAMA

Kategori