Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Anifah Minta Mahathir Tunaikan...

AHLI Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menuntut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir...

UAE, Bahrain, Maghribi, Sudan...

SERANGAN udara tentera Israel ke atas para pejuang Palestin di Gaza turut mendapat...

Transformasi Jualan Tiket Bola...

KUALA TERENGGANU - Kelemahan sistem penjualan tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA...

Mohan, Vigneswaran Dan Jaspal...

SERDANG - Bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T. Mohan dan Datuk S. A....

Penunggang & Pembonceng Maut Bergesel Dengan Lori

PUTRAJAYA – Dua remaja berusia 14 dan 16 tahun maut selepas motosikal yang mereka naiki bergesel dengan sebuah lori di Jalan Nilai-Salak Tinggi, Sepang, hari ini.

Sumber polis berkata kedua-dua mangsa dipercayai keluar dari susur Pekan Salak, Sepang menuju ke jalan besar menghala ke Nilai dan masuk secara melulu ke laluan tersebut sebelum bergesel dengan bahagian sebelah kiri lori.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengah hari itu, kedua-dua mangsa jatuh dan digilis tayar belakang lori berkenaan, katanya kepada media.

“Kedua-dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk proses pengecaman,”katanya.


Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori