Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Terengganu Hargai ExxonMobil Dalam...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu sangat menghargai bantuan diberi oleh syarikat cari gali...

Isu Bayaran RM1.4 Juta,...

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang...

Anwar Tarik Balik Saman...

PUTRAJAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik...

Ketiadaan Chong Wei Beri...

SEPANG – Skuad badminton Malaysia mengakui menerima tamparan hebat berikutan penarikan diri tonggak...

Penyitaan Bauksit 10 Juta Tan Akan Ditarik Balik

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menarik balik penyitaan stockpile bauksit yang dianggarkan lebih 10 juta tan di Negeri Pahang.

Keputusan itu dibuat setelah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Jabatan Geosains dan Mineral serta Kerajaan Negeri Pahang bersetuju memperkenalkan satu peraturan baharu bagi mengekang isu perlombongan bauksit secara tidak sah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar dan kerugian kepada hasil kerajaan negeri.

Tindakan ini juga diyakini dapat membantu dalam mengurangkan isu rasuah dan salah guna kuasa, khususnya melibatkan aktiviti bauksit haram ini.

Penarikan balik arahan penyitaan bauksit itu adalah bagi membolehkan pengusaha-pengusaha bauksit mengeluarkan stockpile itu dalam tempoh morotarium yang masih berkuat kuasa.

Perlu diingatkan, penarikan balik arahan penyitaan ini tidak bermakna perlombongan baharu dibenarkan di negeri tersebut.

NRE dan kerajaan negeri juga telah menetapkan peraturan-peraturan yang perlu diakuri oleh pengusaha-pengusaha bauksit bagi menjamin pengeluaran stockpile bauksit dibuat secara teratur.

Oleh yang demikian, pengusaha-pengusaha bauksit perlu menandatangani satu aku janji sebelum permohonan Approval Permit (AP) untuk mereka mengeluarkan stockpile diluluskan oleh NRE.

Antara aku janji tersebut juga adalah bahawa mereka tidak akan terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.

SPRM akan bekerjasama dengan pihak NRE dan kerajaan negeri dalam memantau pemindahan stockpile bauksit yang telah diluluskan dan juga untuk memastikan tidak berlakunya perlombongan bauksit baharu di kawasan yang tidak dibenarkan oleh kerajaan negeri setakat ini.


Sekiranya mana-mana pihak didapati terlibat dalam perlombongan bauksit secara tidak sah, maka tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka mengikut Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.

Justeru itu, SPRM berharap orang ramai dapat memberi kerjasama kepada SPRM dengan membekalkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti perlombongan bauksit secara haram supaya tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

DATO’ SRI AZAM BAKI,
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI),
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA,
PUTRAJAYA.

21 DISEMBER 2017

– MYNEWSHUB.CC

Kategori