Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

TH Disaran Turut Beri...

KUALA LUMPUR — Lembaga Tabung Haji (TH) disaran memberikan subsidi juga kepada pencarumnya...

3 Hari 2 Malam...

SUNGGUH mengejutkan apabila seorang remaja perempuan berusia 12 tahun bersama rakannya berusia 17...

Gangguan Kereta Api Bukit...

Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera di Pulau Pinang mengalami gangguan beberapa jam...

Harga Daging Tempatan Naik...

ALOR SETAR - Harga daging tempatan di sesetengah tempat di negeri ini meningkat...

Perhilitan Kelantan Akan Pasang Perangkap Harimau

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan akan memasang perangkap harimau di Kampung Tong Lepang Anjung, Dabong, Kuala Krai, esok selepas penduduk mendakwa terserempak dengan haiwan itu, kira-kira dua minggu lepas.

Pengarahnya Mohd Hasdi Husin berkata tindakan itu diambil pihaknya kerana risau mengenai keselamatan penduduk terutama penoreh getah.

“Saya juga menasihatkan penduduk supaya tidak mengambil tindakan sendiri kerana risau harimau berkenaan akan bertindak ganas dan menyerang kembali penduduk kampung.

“Penduduk kampung juga dinasihatkan supaya tidak melepaskan binatang ternakan berkeliaran terutama pada waktu malam bagi mengelak kerugian kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kira-kira 100 penduduk kampung itu hidup dalam ketakutan selepas kemunculan seekor harimau di kawasan berkenaan sejak dua minggu lepas. – BERNAMA

Kategori