Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Khalid Tempelak Rafizi Bank...

KUALA LUMPUR - Pihak AmBank atau Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh mendedahkan wujud...

Kepimpinan Selangor: Ambil...

PUTRAJAYA - Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) hari ini menghantar memorandum kepada...

Kepimpinan Terengganu Mampu Selesaikan...

KUALA LUMPUR - Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yakin kepimpinan...

8 Termasuk Seorang Wanita...

KEPALA BATAS - Lapan individu termasuk seorang wanita ditahan dalam operasi Agensi Antidadah...

Perhilitan Minta Lampu Jalan Ditambah

SEREMBAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya memasang lebih banyak lampu jalan di Jalan Seremban-Kuala Pilah bagi mengelakkan kejadian hidupan liar dilanggar kenderaan, khususnya pada waktu malam.

Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun berkata lokasi itu dikenal pasti sebagai antara lokasi sering berlaku kemalangan, antaranya turut membabitkan haiwan liar khususnya di Kilometer (KM) 10 hingga KM20, berhampiran kawasan rekreasi Ulu Bendul.

“Jumaat lepas, seekor tapir betina dewasa mati dirempuh sebuah kereta ketika ia melintas jalan sebaik keluar dari hutan di KM20 dan kali terakhir kemalangan membabitkan haiwan liar berlaku ialah pada 2015, melibatkan seekor tapir jantan dewasa dengan sebuah kenderaan berhampiran lokasi sama,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata meskipun telah dipasang empat papan tanda ‘Kawasan Lintasan Hidupan Liar’ di laluan itu, namun ia tidak mencukupi bagi mengatasi kes kemalangan membabitkan haiwan liar, khususnya tapir yang dikenal pasti sebagai antara haiwan yang diancam kepupusan.

Justeru, selain lampu jalan beliau juga mencadangkan supaya paku marka dipasang di atas permukaan jalan bagi memperlahankan kenderaan yang melalui kawasan tersebut.

“Walaupun kawasan itu dihadkan kelajuan 60 kilometer sejam, namun masih terdapat kenderaan yang dipandu laju melebihi had yang dibenarkan. Kita juga mencadangkan supaya pagar kekisi dibina di kawasan tersebut bagi menghalang hidupan liar daripada melintasi jalan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Mat berkata jalan itu yang menghubungkan Hutan Simpan Angsi dan Hutan Simpan Berembun dikenal pasti sebagai kawasan habitat tapir.


“Selain tapir, turut mendiami kawasan hutan simpan tersebut ialah kera, babi hutan dan harimau kumbang,” katanya.

Beliau berkata berikutan banyak hidupan liar berkeliaran, kawasan itu tergolong sebagai Central Forest Spine (CFS), iaitu merangkumi kawasan hutan dalam kelompok kompleks hutan di Semenanjung Malaysia seperti dalam Pelan Induk CFS.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya agar berhati-hati dan memberikan perhatian terhadap papan tanda ‘Kawasan Lintasan Hidupan Liar’ semasa memandu di kawasan berkenaan. – BERNAMA

Kategori