Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Trafik Sesak Di Tambak...

JOHOR BAHRU - Aliran trafik di Tambak Johor menuju ke Woodlands, Singapura mula...

Hati-Hati ‘Arumanis’ Indonesia

KANGAR - Orang ramai diminta berhati-hati agar tidak terpedaya dengan menyangkakan mempelam dari...

Abdul Hadi Kekal Presiden...

KUALA TERENGGANU : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Timbalannya, Datuk...

Syed Saddiq Sering Cetus...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Johor, Norul Haszarul Abu...

Perintah Berhenti Kerja Projek EKVE Ditarik Balik

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan telah menarik semula Perintah Berhenti Kerja (PBK) projek Lebuh Raya EKVE pada 8 Disember lalu.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan media berkata, keputusan itu dibuat selepas kementerian itu berpuas hati dengan beberapa langkah-langkah cadangan dan penambahbaikan yang dikemukakan.

“Penambaikan itu bagi sistem kawalan hakisan dan kelodakan di beberapa lokasi tapak projek EKVE yang telah menyebabkan pencemaran kelodakan dan banjir lumpur di kawasan sekitarnya.

“Penarikan semula PBK ini bagaimanapun tidak melibatkan jajaran Ch 14+800 hingga Ch 15+500 yang mana telah mendapat aduan penduduk Kampung Felcra Semungkis, Hulu Langat, Selangor baru-baru ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Projek EKVE dikenakan Perintah Berhenti Kerja di bawah Seksyen 34AA(1)(b) dan 34AA(2)(c), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pada 24 Oktober 2017 susulan kegagalan EKVE melaksanakan kawalan hakisan dan kelodakan di tapak projek mengikut garis panduan ”Land Disturbing Pollution Prevention and Mitigation”.

Ia merupakan projek pembinaan lebuh raya sepanjang 24 kilomteter (km) bermula dari Sungai Long Interchange hingga ke Ukay Perdana Interchange dan telah diberi kelulusan EIA Terperinci pada 25 April 2013 di peringkat pembinaan.


Projek itu terbahagi kepada tiga pakej melibatkan Pakej 1 dari Sungai Long Interchange ke Hulu Langat Interchange (14km), Pakej 2 dari Hulu Langat Interchange ke Ukay Perdana Interchange (10km) dan Pakej 3 dari Taman Sierra Ukay ke Persimpangan Kg Pasir, Ampang (3km).

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memberi jaminan akan terus memantau projek itu bagi memastikan semua syarat-syarat berkaitan LDP2M2 dilaksanakan sepenuhnya. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • EKVE

Kategori