Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Rasuah Projek RM114...

Kuala Lumpur : Seramai empat individu antaranya pengarah urusan dan pengurus besar dua...

Insiden Kecoh Di Pemilihan...

SUNGAI PETANI - Insiden kekecohan yang berlaku pada proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat...

12 Juta Tontonan ‘Pujaan...

DRAMA bersiri Pujaan Hati Kanda yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 mencatat 12...

Pemansuhan Subsidi Bukan Penyebab...

TAPAH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan tindakan...

Perjalanan Bebas Visa Rakyat Malaysia Mula 27 Disember

PUTRAJAYA – Bermula 27 Disember ini, pemegang semua jenis pasport Malaysia boleh memasuki Maghribi selama 90 hari tanpa visa.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata ini susulan Perjanjian Penghapusan Separa Keperluan Visa yang dimeterai oleh Malaysia dan Maghribi di sini pada 19 Julai lalu.

Menurut kenyataan itu selepas semua keperluan dalaman dipenuhi oleh kedua-dua negara, perjanjian itu dikuatkuasakan pada 27 Disember ini.

“Bermula tarikh itu, pemegang pasport Malaysia yang melakukan perjalanan rasmi, perniagaan atau lawatan sosial boleh memasuki Maghribi secara bebas selama 90 hari tanpa keperluan visa.

“Penguatkuasaan perjanjian ini dijangka terus memperkukuh hubungan dua hala di antara kedua-dua negara memandangkan ia menyediakan platform bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pelancongan,” demikian menurut kenyataan itu.


Hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Maghribi terjalin sejak 1963. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Visa

Kategori