Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KEJI!! Cikgu Dan Murid...

Belum lagi sejuk kisah program I Want To Touch A Dog yang diadakan...

Siasatan SPRM Terhadap UMNO...

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamed berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Lawatan Raja Arab Saudi...

KUALA LUMPUR - Kunjungan rasmi kali pertama Raja Salman Abdul Aziz Al-Sa'ud dari...

Pendedahan Jantina Sajat ‘Dihalang’...

KINI tiba masanya untuk rakyat Malaysia mengetahui tentang identiti jantina sebenar usahawan kosmetik...

Perodua Beri Sumbangan Persekolahan 2,100 Pelajar

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) memberi sumbangan barangan persekolahan kepada lebih 2,100 pelajar sekolah daripada keluarga kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh Said berkata, sumbangan itu terdiri daripada beg sekolah dan alat tulis bernilai RM50 serta baucer RM150 yang boleh digunakan untuk membeli pakaian seragam, kasut dan bekalan sekolah lain.

“Jumlah sumbangan kepada setiap pelajar adalah bernilai kira-kira RM200. Turut menerima sumbangan adalah kakitangan Perodua.

“Program `Kembali ke Sekolah’ ini salah satu tanggungjawab korporat Perodua. Ini adalah cara kami untuk memberi kembali kepada masyarakat terutam kepada pekerja kami dan kepada ahli-ahli komuniti di sekeliling kami bekerja,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Majlis penyerahan sumbangan kepada pelajar sekolah tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk P.Kamalanathan.

Kamalanathan pada majlis itu mengucapkan terima kasih kepada Perodua atas inisiatif dan sokongan mereka terhadap usaha kerajaan untuk mengurangkan beban golongan pendapatan B40. – MYNEWSHUB.CC

Kategori