Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bank Di Seluruh Dunia...

FRANKFURT - Bank-bank di seluruh dunia sedang mengurangkan jumlah pekerja terbesar dalam tempoh...

Lelaki ‘Gila’ Bunuh Wanita,...

NEW YORK - Dasar perangai syaitan, tetap salahkan orang lain walaupun dirinya keji...

KLIA Adakan Latihan Pesawat...

SEPANG – Pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia Airports Holdings Berhad...

Keputusan Rayuan Kes Bakar...

PUTRAJAYA: Keputusan rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan seorang pemuda berusia 22 tahun daripada...

Perogol Bertemu Dengan Mangsa Dalam Penjara

LELAKI ini, Gary Mottershead menyangka dia akan dapat melepaskan diri daripada rogol dan cabul ke atas seorang kanak-kanak, kira-kira 35 tahun lalu namun tekaannya itu salah.

Ini kerana, mangsa, yang tidak dinamakan mengenali Gary ketika mereka berdua berada di dalam penjara. Gary ditahan kerana memukul isterinya manakala mangsa pula dipenjara kerana merompak.

Apabila mangsa melihat Gary di dalam penjara, dia mengenali bahawa itulah perogol kanak-kanak yang telah merogolnya. Dia kemudiannya membuat laporan kepada warden penjara.

Mangsa yang sudah berusia 43 tahun dalam satu kenyataan berkata selama ini dia terpaksa menyembunyikan rahsia berkenaan daripada orang ramai.

“Saya terpaksa hidup dengan keadaan itu sepanjang hidup saya. Penjara adalah tempat terakhir di mana kau patut berada,’’ katanya.

Selepas membuat laporan kepada warden, kes itu disiasat dan Gary yang berasal dari Sale, England telah dihukum penjara selama enam tahun.


Dia bagaimanapun menafikan tuduhan itu. Gary didakwa merogol mangsa ketika dia berusia 15 tahun dan menjaga mangsa yang ketika itu berusia enam tahun.

Sepanjang tempoh itu, dia mengugut akan merogol kakak mangsa sekiranya mangsa menceritakan kejadian itu kepada orang lain. – MYNEWSHUB.CC

Kategori