Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PELIK TAK..? Anda Sedang...

TAIYUAN – Mungkin ini adalah tandas paling pelik di dunia. Apa tidaknya, patung-patung...

Gadis Remaja Disasarkan Jadi...

KUCHING - Pengedar dadah sedang menyasarkan gadis remaja di negeri ini untuk dijadikan...

Peruntukan RM41.3B, Mantapkan Kualiti...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM41.3 bilion bagi membina 30 sekolah...

Cabaran Menanti Kabinet Sangat...

RAKYAT diminta untuk memberikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah...

Timbang Masalah Penduduk Sebelum Beri Notis Keluar

PETALING JAYA – Seorang wakil rakyat Selangor hari ini memohon Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) supaya mempertimbang masalah dihadapi penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebelum memberikan mereka notis keluar rumah.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara Datuk Halimaton Saadiah Bohan berkata ada di antara penduduk PPR yang kesempitan wang setiap bulan sehingga tidak mampu membayar sewa tepat pada masanya.

“Mereka (penduduk) ini bukan sahaja terdiri daripada ibu tunggal, tetapi ada di antara mereka yang suami mereka sakit dan tidak dapat bekerja seperti biasa.

Jadi saya mohon LPHS pertimbangkan masalah penduduk. Kalau mereka tidak bayar sewa dua bulan misalnya, jangan diberi notis diusir dari tempat ini,” katanya ketika berucap melancarkan Program Transformasi Sosial (PTS) NBOS Kejiranan Indah di PPR Kota Damansara di sini.

Beliau berkata jika benar kerajaan negeri Selangor prihatin terhadap rakyat, permohonan untuk melewatkan pembayaran sewa atau membayar sewa secara ansuran harus diberi perhatian oleh LPHS supaya kebajikan penduduk PPR terbela.

Halimaton Saadiah berkata PTS dilaksanakan dengan kolaborasi jabatan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta agensi kementerian lain.

“Program PTS ini merangkumi program MyBOMBA JPP/Bomba Komuniti, program Bandar Selamat, program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku dan program Rakan Taman,” katanya.

Program itu juga dilancarkan serentak hari ini di Seksyen 8, Petaling Jaya; Seksyen 20, Shah Alam; Bandar Bukit Mahkota, Bangi dan Bandar Tasik Puteri, Rawang.


Halimaton Saadiah juga berkata KPKT dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah menyediakan Sangkar 3R di PPR itu sebagai usaha menggalakkan penduduk mengamalkan konsep ‘pengurangan, guna semula dan kitar semula’ (3R).

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan peruntukan kerajaan persekutuan bagi menukar tangki air di empat blok di PPR tersebut.

Seorang penduduk PPR itu Salmah Mahamood, 30an, ketika ditemui Bernama berkata beliau telah 11 tahun menjadi penghuni di situ dan amat berharap peruntukan tersebut diluluskan kerajaan.

“Memang air di sini kotor dan kami terpaksa menyuling dahulu air untuk dibuat air minuman,” kata ibu kepada seorang anak itu. – BERNAMA

Kategori