Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Perdengar Bacaan Al-Quran...

MELAKA - Pelajar tahun enam Sekolah Rendah Agama Ayer Keroh, Ahmad Asraf Azran...

Perak Pertimbang Henti Keluar...

GERIK - Kerajaan negeri Perak bertekad menghentikan pengeluaran lesen konsesi balak baharu sekiranya...

Tuanku Zara Rasmi Relay...

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan merasmikan Program ‘Relay...

K’jaan Usaha Bendung Belia...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengambil pendekatan terbaik bagi mengawal dan mencegah belia...

Peserta Ratu Cantik Cipta Rekod Tunggangan Jet Ski

LANGKAWI – Setelah gagal mencipta rekod dengan beraksi di pentas peragaan tertinggi di pulau ini baru-baru ini, 50 peserta peringkat akhir Miss Tourism International 2017 berjaya mencipta satu rekod lain yang tidak kurang hebatnya.

Selepas tidak berjaya mencipta rekod di puncak Gunung Machinchang, gunung kedua tertinggi di Langkawi, mereka mencipta rekod di paras laut dengan berganding bahu melakar jumlah negara paling banyak menyertai aktiviti menunggang jet ski.

Pencapaian yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) itu dilakar di Naam Paradise 101, pulau buatan manusia yang dikendalikan Naam Group, sebuah kumpulan syarikat liburan dan sukan air premier.

Bersempena pencapaian itu, pengurus MBR Lee Pooi Leng menyampaikan sijil khas kepada pengerusi Naam Group Datuk Dr Ravi Ponniah.

Dalam kenyatan dikeluarkan Naam, Ponniah berkata pencapaian itu menjadi kebanggaan syarikat berkenaan dan diperoleh hasil dedikasi warganya.


Katanya, acara yang mencipta rekod itu adalah antara aktiviti anjuran Naam semasa lawatan para peserta pertandingan tersebut ke Paradise 101, selain memberi peluang kepada mereka untuk menikmati produk pelancongan terdapat di situ.

Langkah menjadi tuan rumah bagi jelitawan dari 50 negara itu akan membantu mempromosi Langkawi sebagai destinasi pelancongan, kata Ponniah. – BERNAMA

Kategori