Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Warna Bulu Kucing Berubah...

HEIDELBERG - Pemilik seekor kucing unik berkongsi gambar menakjubkan menunjukkan bagaimana bulu haiwan...

Ban Pecah, Taman Saujana...

KUALA LANGAT - Penduduk di sekitar Taman Saujana Putra Mira, di sini, panik...

Guru Disyaki Terlibat Jenayah...

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menegaskan mana-mana guru yang...

Perayaan Kemahkotaan Sultan Johor...

JOHOR BAHARU - Istiadat Menurun Bendera Meletak Kerja dilakukan hari ini sebagai simbolik...

Pesta Kucing Seremban Pada Jumaat & Sabtu

SEREMBAN – Peminat kucing tidak harus melepaskan peluang berkunjung ke Dewan Majlis Perbandaran Seremban di sini pada Jumaat dan Sabtu ini untuk menyaksikan Pesta Haiwan Seremban 2017 yang akan menghimpunkan lebih 200 ekor kucing dan lebih 100 haiwan lain.

Pesta itu dianjurkan Kelab Kuching Malaysia (KKM) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Presiden KKM Khalid Rashid berkata pada pesta itu akan diadakan Pertandingan Kucing Antarabangsa dan pertandingan haiwan lain seperti arnab, tikus Belanda, burung dan ikan laga.

“Pesta ini adalah bersempena Pesta Taman Tasik Seremban 2017. Dalam masa yang sama, kita juga akan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu Rumah Kucing Jalanan dan Rumah Anak Yatim,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata selain kucing tempatan, kucing lain yang menyertai pertandingan itu ialah jenis Persian, eksotik, Sacredbirman, Turkish Van, Ragdoll, Himalayan, British Shorthair, Bengal, Kurilean Bobtail, Korat, Ocicat, British Longhair, Oriental, Devon Rex, Cornish Rex, Siamese, Sphnyx, Japanese Bobtail, Russian Blue, Abysinian, Somali dan Balinese.


“Empat kategori dipertandingkan iaitu kategori kejuaraan, primer, anak kucing dan isi rumah,” katanya. – BERNAMA

Kategori