Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Tak Berbaju...

PENGGUNA jalan raya yang melalui  Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar Ainsdale, Seremban baru-baru...

Polis Tumpaskan Sindiket Dadah...

GEORGE TOWN - Polis menumpaskan satu sindiket dadah tempatan dengan serbuan ke atas...

Alvin Tidak Matang Dan...

Bekas pasangan seks, blogger Alvin Tan, Vivian Lee menyifatkan tindakan Alvin melarikan diri...

KKM Cadang Naik Taraf...

KUALA LANGAT - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang menaik taraf dan menambah infrastruktur...

Pesta Piza Di Angkasa Ubati Rindu Angkasawan Itali

ANGKASA LEPAS – Gambarannya sungguh menarik, apabila kepingan piza bebas melayang, terapung dan ‘terbang’ tanpa halangan seolah-olah kisah magis dalam novel atau drama fiksyen!

Begitulah suasana kemeriahan pesta piza yang pertama kali diadakan di luar daripada Bumi, iaitu di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) yang terletak kira-kira 400 kilometer dari daratan planet ketiga sistem suria Bima Sakti.

Kakitangan stesen angkasa lepas ini kelmarin dilaporkan berjaya membuat piza sendiri selepas pengurus ISS cuba memberikan semangat kepada angkasawan Itali, Paolo Nespoli yang  dilaporkan terlalu rindu dengan makanan itu.

Beliau terasa ingin memakan piza selepas berada di angkasa selama lebih 100 hari. Keadaan itu seolah-olah jelas membuktikan bahawa orang Itali sememangnya tidak boleh berpisah dengan piza walau di mana mereka berada.

Selepas buat piza mereka sendiri, keenam-enam angkasawan terbabit bermain-main dengan kepingan makanan tersebut seakan-akan gaya gelembung Frisbee tanpa graviti sebelum memanaskannya di dalam sebuah ketuhar.


Nespoli, 60, merupakan angkasawan tertua dalam sejarah Eropah dan sudah tiga kali mengikuti misi di ISS. Segala bahan ramun untuk memasak dibawa dengan sebuah kapal angkasa muatan kargo khas pada 14 November lalu.

Ada menyifatkan kepingan piza bertebaran seperti piring terbang. Apa yang pasti, ramai terpegun menyaksikan bagaimana kumpulan angkasawan pelbagai negara itu bertukar menjadi cef atau tukang masak profesional.

ISS yang dilancarkan sejak 1998 sudah mengelilingi Bumi lebih 100,000 kali dengan kelajuan 27,600 kilometer sejam direka khusus untuk saintis menjalankan penyelidikan berkaitan angkasa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori