Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Peguam Saman Kerajaan, Agong...

KUALA LUMPUR - Seorang peguam hari ini, memfailkan saman pemula berhubung keputusan Yang...

Konsep Taawun PAS, UMNO...

KOTA BHARU - Konsep taawun atau kerjasama ke arah kebaikan antara Pas dan...

Ke Taiwan Dengan Hati...

MENYEBUT mengenai Taiwan, perkara pertama yang akan melalui benak pemikiran orang Islam ialah...

DBP Akan Terus Pujuk...

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berputus asa memujuk...

Petrol RON95 Bernilai RM147,700 Dirampas Di Perairan

LABUAN – Sejumlah 70,000 liter petrol RON95 bernilai RM147,700 yang hendak diseludup keluar dari Labuan dirampas di perairan pulau bebas cukai itu, Rabu lepas .

Bahan api yang disyaki dibekalkan oleh sebuah syarikat tempatan itu sedang dibawa menuju ke Tawi-Tawi di Filipina, menggunakan sebuah bot dikenali sebagai kumpit, yang turut dirampas.

Rampasan terbesar setakat tahun ini di perairan Labuan oleh Pasukan Polis Marin Labuan, pada pukul 6.30 petang, 13 Dis lepas sudah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Labuan untuk tindakan lanjut.

Seorang juragan berusia 24 tahun bersama tujuh awak-awak, kesemuanya warga Filipina berusia antara 18 hingga 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Labuan Mohd Fikri Lai Abdullah berkata keseluruhan rampasan berjumlah RM247,700 termasuk bot kumpit itu.


“Semasa pemeriksaan, kami menjumpai 350 tong dram plastik mengandungi bahan bakar itu, yang diklasifikasikan sebagai bahan kawalan dan tidak diluluskan untuk eksport.” katanya dalam satu sidang media di jeti Polis Marin Labuan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda maksimum RM3 juta, jika sabit kesalahan.
“Siasatan juga akan tertumpu kepada sumber bekalan dan siapa yang menjadi pembekal, kerana kami bimbang bahan api itu dibekalkan oleh pengendali stesen minyak,” katanya.

Fikri berkata kumpit juga tidak sesuai untuk mengangkut bahan api itu dan membahayakan anak kapal, -BERNAMA

Kategori