Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

CEO FGV Zakaria Serah...

KUALA LUMPUR – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV),...

Mangsa Lemas Di Dungun...

KUALA TERENGGANU - Mayat lelaki yang terjatuh daripada bot nelayan di Jeti Pendaratan...

Ke Taiwan Dengan Mira...

KUALA LUMPUR - Sudah semestinya melancong ke luar negara adalah perkara paling akhir...

Daftar Perniagaan Percuma Untuk...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperluaskan inisiatif pendaftaran perniagaan secara...

Petugas Hotel Serah AS$5K Kepada Pengurusan

LANGKAWI – Seorang petugas pembersihan di sebuah hotel di sini serta sedang mengandung tujuh bulan tidak mudah gelap mata apabila menemukan sejumlah wang tunai ketika sedang bertugas.

Siti Nuraminira, 33, petugas di Adya Hotel Langkawi memilih untuk menyerahkan wang tunai berjumlah AS$5,000 (kira-kira RM20,295) yang dijumpainya kepada pengurusan hotel itu kelmarin.

Menceritakan semula peristiwa itu hari ini, dia berkata ia berlaku sekitar 2.00 petang ketika sedang mengemas sebuah bilik penginapan yang sebelum itu dihuni oleh seorang pelancong dari Pakistan yang datang bersama keluarganya.

“Semasa saya mengangkat kain cadar yang digunakan di atas katil bayi dalam bilik itu, saya terjumpa satu sampul dan apabila diperiksa, di dalamnya mengandungi berkeping-keping wang tunai,” katanya.

Tanpa berfikir lama, dia menyerahkan wang tunai itu kepada penyelianya bagi membolehkan pihak pengurusan memberitahu pelancong berkenaan yang sudahpun berada di Pakistan, tentang penemuan itu.

Ketika ditanya mengenai situasinya sebaik terjumpa wang itu, Siti Nuraminira berkata beliau lebih memikirkan mahu mencari rezeki halal dan hasil titik peluh sendiri serta bekerja lama di hotel tersebut.

Katanya ini bukanlah kali pertama baginya menjumpai wang tunai atau barang berharga yang tertinggal dalam bilik penginapan semenjak bekerja di Hotel Adya Langkawi kira-kira tiga tahun lepas.


“Sebelum ini saya pernah menemukan wang tunai lebih RM1,000, telefon bimbit dan sebagainya, semuanya saya serahkan kepada pihak hotel untuk dikembalikan kepada pemiliknya. Niat saya hanyalah untuk bekerja dengan amanah,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKB Hotel Management & Services Nor Saidi Nanyan berkata sifat amanah Siti Nuraminira dalam menjalankan tugasnya menggambarkan nilai-nilai Islamik yang diamalkan oleh rantaian Hotel Adya yang dimilikinya.

“Sebelum ini pun, seorang petugas hotel ini pernah menemukan wang tunai berjumlah RM30,000 dalam bilik penginapan dan kami berjaya mengembalikannya kepada pemiliknya iaitu seorang pelancong dari China. Kami hanya mengharapkan keberkatan daripada usaha kami,” katanya. – BERNAMA

Kategori